Saturday, April 10, 2010
Monday, April 5, 2010
Bantuan untuk Kanak-kanak istimewa dan Orang Kurang Upaya
Bantuan untuk Kanak-kanak istimewa dan Orang Kurang Upaya
Selaras dengan Kempen Masyarakat Penyayang, Kerajaan telah menyediakan pelbagai cara dan kaedah untuk membantu golongan istimewa serta kurang upaya ini, dan antaranya adalah;
Kemudahan galakan pelepasan cukai : bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, pelepasan cukai berganda diberikan disertai rebet untuk membeli peralatan khas untuk kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang kurang upaya. Orang kurang upaya sendiri juga menikmati pelepasan cukai tambahan sebanyak RM5000.
Kemudahan pengangkutan awam : terdapat insentif potongan harga atau tambang misalnya, bagi Sistem Penerbangan Malaysia (50% potongan penerbangan dalam negeri), KTM (50% konsesi tambang), dan semua perjalanan dengan bas Transnasional diberikan konsesi 50%. PUTRA-LRT juga memberikan konsesi tambang kepada golongan ini.
Kemudahan perumahan : DBKL menyediakan kemudahan menyewa rumah-rumah pangsa atau kos rendah DBKL pada kadar sewa yang istimewa.
Pengecualian bayaran rawatan perubatan : dikecualikan bayaran di Hospital Kerajaan, tidak termasuk Hospital Universiti dan Institusi, serta tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.
Pengecualian bayaran dokumen perjalanan : dikecualikan bayaran perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan(Pasport Antarabangsa).
Kemudahan peluang pekerjaan : kuota 1% untuk golongan kurang upaya bagi sektor kerajaan dan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya bagi Sektor Swasta.
Kemudahan pendidikan : terdapat sekolah pendidikan khas, pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran untuk latihan kemahiran di institusi pengajian kelolaan Kementerian Pendidikan, dengan elaun bulanan RM300.
Kemudahan dalam aktiviti harian : terdapat peruntukan Kod Amalan Awam bagi Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam, supaya mesra orang kurang upaya dengan menyediakan 'ram', 'railing', laluan untuk kerusi roda, lif khas, tempat letak kereta khas, dan tandas khas serta lain-lain.
Pengecualian 50% Duti Eksais ke atas Kereta/Motosikal Nasional bagi golongan cacat anggota.
Insentif lain seperti daripada Syarikat Telekom Malaysia Berhad, kemudahan memulakan perniagaan kecil dengan bantuan geran RM2700, kemudahan pencen terbitan dan sebagainya.
Friday, April 2, 2010
SENI DAN KANAK-KANAK
FAKULTI PENDIDIKAN
DIPLOMA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH
SENI DAN KRAF DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
(ETD 2272)
TAJUK TUGASAN INDIVIDU:
SENI DAN TENOLOGI
PENSYARAH:
PN. HASYIMAH BT HUSSEIN
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL SHAZANA BT ABD HALIM
3073014261
013-2050919
Pengenalan013-2050919
Bidang reka bentuk pengajaran dan teknologi mengcukupi analisis masalah pembelajaran, prestasi, reka bentuk perkembangan, pelaksanaan, penilaian dan pengurusan proses dan sumber pengajaran dan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang institusi pendidikan dan tempat keja. Para professional dalam bidang reka bentuk pengajaran dan teknologi menggunakan prosedur sistematik reka bentuk pengajaran dan pelbagai media pengajaran untuk mencapai matlamat pendidikan dan latihan.
Definisi baru juga menekankan performance technology yang berkait rapat dengan prestasi di tempat kerja terutama di industri, perubatan, dan ketenteraan. Ramai orang beranggapan bahawa teknologi instruksional itu ialah media instruksional seperti computer, video, cd rom, projector overhed.Seni merupakan sesuatu yang unik dan halus serta memerlukan kemahiran dan minat yang mendalam untuk menguasai. Seni merupakan sesuatu benda yang luas penggunaannya bukan sahaja digunakan untuk pendidikan malah seni di perlukan dalam keperluan harian, oleh itu seni juga perlu ada dalam proses pembelajaran bagi pendidikan pra sekolah.
Seni adalah sesuatu yang abstrak ia susah di lakukan tetapi sentiasa nampak cantik di khalayak umum. Hanya orang tertentu sahaja dikurniakan bakat kesenian. Seni boleh di pelajari oleh semua orang tidak kira umur tua dan muda. Semua bangsa seperti melayu,cina dan india boleh memperlajari seni. Mengikut kajian pada zaman dahulu setiap puak dan kaum mempunyai kesernian tersendiri contohnya seperti; pada zaman masihi masyarakat arab terkenal dengan kesenian membina pramid. Manakala, pada masyarakat india pula mereka tekenal dengan kesenian Taj Mahal.

Seni dan kanak-kanak.
Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak berdasarkan teori pembelajaran Maslow
- Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian.
- Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif
- Bersifat penyayang untuk memupuk keperluan kasih sayang
- Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbiingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.
Jasmani dan fizikal yang sihat.
Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar sihat
Emosi yang stabil.
Emosi pelajar perlulah stabil peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi dengan mereka.
Kerohanian yang membanggakan.
Tahap kerohanian yang di miliki adalah tinggi
Kefahaman intelek yang tinggi
Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan
Perhubungan sosial yang menggalakkan
Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah didalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan.
Kefahaman tentang nilai-nilai estetik
Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat didalam pendidikan seni visual
Estetik
- Latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat memperlajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan diterapkan kedalam minda kanak-kanak maka konsep estetik ditanam seterusnya.
Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak
- Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis baik pada peringkat lahir mahupun pada peringkat sudah lahir
- Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.
- Perubahan bersifat kualiti tidak dapt diukur secara tahap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat.
- Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang.
- Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran
- Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran
Ciri-ciri perkembangan dan ciri-ciri ekspresi
- Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang terhad dan tidak terkongkong.
- Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak seperti menyentuh, mengguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar,mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.
Kreativiti
Proses kreativiti melibatkan:
- Perasaan dalam kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
- Pengalaman kanak-kanak meluah perasaannya secara lahiriah
Pemahaman.
Aktiviti pegerakan
- Memahami asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya
Aktiviti bermain
- Memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi
Lagu.
- Kanak-kanak dapat menambahkan keyakinan diri
Aktivi lakonan.
- Dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi- menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif
CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS
NAMA: NURUL SHAZANA BT ABD HALIM
MATRIK: 3073014261
KHAHOT: K5 G4
SUBJEK: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS UNTUK KANAK-KANAK
TAJUK: CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS
Sabar
Sikap ini amatlah penting untuk menjadi seorang guru terutamanya untuk mereka yang berkeperluan khas. Sabar di sini bermaksud masih mampu tersenyum dan tidak berputus asa dalam melatih dan mendidik pelajar. Jika ada di kalangan pelajar kita yang sukar untuk menerima pengajaran kita, kita tidak boleh terus melenting dan berputus asa dengan mereka. Sebaliknya mencuba untuk terus berusaha agar mereka dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan ketika pembelajaran tersebut. Akan tetapi, saya pasti, walau sesabar manapun kita mesti ada batasnya. Oleh itu, sentiasalah bijak memotivasikan diri dan juga mengamalkan ayat-ayat dan zikir penenang jiwa agar kita boleh kembali bersemangat untuk mengajar mereka.
Kreatif Dan Mempunyai Idea Yang Berterusan
Untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan pelajar kita dapat memahami apa yang diajar, kita haruslah menjadi seorang yang kreatif dan sentiasa mempunyai idea jika metod yang digunakan tidak berjaya. Guru pendidikan khas sebenarnya harus lebih kreatif daripada guru-guru bidang lain kerana kekurangan yang ada pada pelajar kita mengharapkan kita agar dapat mengajar dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan mereka. Cuba bayangkan jika kita menggunakan kaedah pengajaran yang sama dengan guru bidang lain, sudah tentukan pelajar kita tidak akan memahami apa yang diajar oleh kita. Jika ada, ia dalam kadar yang sedikit. Disebabkan itulah kreativiti menjadi satu lagi ciri yang penting bagi menjadi guru yang berkesan.
Ilmu Pengetahuan:
Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.sebagai guru pendididkan khas, perlu mengetahui bidang pendidikan khas yang diceburi. Guru harus melengkapkan diri dengan segala ilmu yang sudah pasti dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru juga harus mempunyai maklumat berkenaan kategori lain dalam bidang pendidikan khas supaya tidak terkial-kial menjawab soalan yang di kemukakan. Selain itu, guru harus mengetahui peranan masyarakat dan sekolah.
Kemahiran:
Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.
Bertanggungjawap
Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .
Inovasi
Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.
Adil
Sikap tidak pilih kasih ini juga sgt penting dalam membina hubungan di dalam kelas. Jangan sekali-kali pilih kasih, sama ada dari segi kepandaian atau paras rupa. Jangan menyisihkan seseorg kerana kelemahannya. Guru yang berjaya tidak memandang seorang pelajar sahaja tetapi semua pelajar menjadi dibawah perhatiannya. Dalam menghukum juga tidak berat sebelah, memilih bulu dan tidak adil supaya pelajar tidak memandang guru berlaku tidak adil.
Sense of humor
Dalam menjadikan kelas tidak kaku dan pelajar bosan dengan pelajaran unsur humor perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Empati
Sikap empati perlu wujud dalam diri guru pendidikan khas. Kewujudan ini penting supaya guru dapat membantu dan membimbing murid khas ini. Apabila ibu bapa mendaftarkan anaknya ke sekolah khas ibu bapa tidak mempunyaai ilmu dalam pendidikan khas dan mengharapkan kita sepenuhnya bagi membantu mereka supaya anaknya dapat berdikari dan menjadi manusia yang berguna
Simpati
Sentiasa merasa simpati dan belas kasihan kepada kanak-kanak dengan nasib mereka. Sentiasa membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka
Kreatif dan berbakat
Guru yang kreatif adalah guru yang meneroka murid-murid. Murid-murid menunggu guru kerana tidak sabar untuk mempelajari pengajaran baru. Setiap guru mempunyai kreativiti masing-masing. Guru haruslah mendapatkan ilmu daripada bahan-bahan bacaan dan memperkembangkan kreativiti dalam diri. Guru yang kreatif akan meyediakan pelbagai bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.
Berfikiran positif
Sentiasa berfikiran positif, tanpa memikirkan keburukan dan kelemahan para pelajar. Tidak membezakan pelajar yang cantik atau buruk dan yang pandai atau tidak. Sentiasa melaayan murid pendidikan khas dengan layanan yang baik, tidak memukul mereka sekirannya mereka membuat salah. Sentiasa memahami kelaluan pelajarnya. Guru seharusnya menyayangi murid-murid pendidikan khas seperti mereka menyayangi murid-murid biasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri
Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah