Friday, April 2, 2010

CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS

NAMA: NURUL SHAZANA BT ABD HALIM
MATRIK: 3073014261
KHAHOT: K5 G4
SUBJEK: PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS UNTUK KANAK-KANAK
TAJUK: CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS

Sabar

Sikap ini amatlah penting untuk menjadi seorang guru terutamanya untuk mereka yang berkeperluan khas. Sabar di sini bermaksud masih mampu tersenyum dan tidak berputus asa dalam melatih dan mendidik pelajar. Jika ada di kalangan pelajar kita yang sukar untuk menerima pengajaran kita, kita tidak boleh terus melenting dan berputus asa dengan mereka. Sebaliknya mencuba untuk terus berusaha agar mereka dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan ketika pembelajaran tersebut. Akan tetapi, saya pasti, walau sesabar manapun kita mesti ada batasnya. Oleh itu, sentiasalah bijak memotivasikan diri dan juga mengamalkan ayat-ayat dan zikir penenang jiwa agar kita boleh kembali bersemangat untuk mengajar mereka.

Kreatif Dan Mempunyai Idea Yang Berterusan

Untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan pelajar kita dapat memahami apa yang diajar, kita haruslah menjadi seorang yang kreatif dan sentiasa mempunyai idea jika metod yang digunakan tidak berjaya. Guru pendidikan khas sebenarnya harus lebih kreatif daripada guru-guru bidang lain kerana kekurangan yang ada pada pelajar kita mengharapkan kita agar dapat mengajar dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan mereka. Cuba bayangkan jika kita menggunakan kaedah pengajaran yang sama dengan guru bidang lain, sudah tentukan pelajar kita tidak akan memahami apa yang diajar oleh kita. Jika ada, ia dalam kadar yang sedikit. Disebabkan itulah kreativiti menjadi satu lagi ciri yang penting bagi menjadi guru yang berkesan.


Ilmu Pengetahuan:

Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.sebagai guru pendididkan khas, perlu mengetahui bidang pendidikan khas yang diceburi. Guru harus melengkapkan diri dengan segala ilmu yang sudah pasti dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru juga harus mempunyai maklumat berkenaan kategori lain dalam bidang pendidikan khas supaya tidak terkial-kial menjawab soalan yang di kemukakan. Selain itu, guru harus mengetahui peranan masyarakat dan sekolah.

Kemahiran:

Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.

Bertanggungjawap

Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .

Inovasi

Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.

Adil

Sikap tidak pilih kasih ini juga sgt penting dalam membina hubungan di dalam kelas. Jangan sekali-kali pilih kasih, sama ada dari segi kepandaian atau paras rupa. Jangan menyisihkan seseorg kerana kelemahannya. Guru yang berjaya tidak memandang seorang pelajar sahaja tetapi semua pelajar menjadi dibawah perhatiannya. Dalam menghukum juga tidak berat sebelah, memilih bulu dan tidak adil supaya pelajar tidak memandang guru berlaku tidak adil.

Sense of humor
Dalam menjadikan kelas tidak kaku dan pelajar bosan dengan pelajaran unsur humor perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Empati

Sikap empati perlu wujud dalam diri guru pendidikan khas. Kewujudan ini penting supaya guru dapat membantu dan membimbing murid khas ini. Apabila ibu bapa mendaftarkan anaknya ke sekolah khas ibu bapa tidak mempunyaai ilmu dalam pendidikan khas dan mengharapkan kita sepenuhnya bagi membantu mereka supaya anaknya dapat berdikari dan menjadi manusia yang berguna


Simpati

Sentiasa merasa simpati dan belas kasihan kepada kanak-kanak dengan nasib mereka. Sentiasa membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka

Kreatif dan berbakat

Guru yang kreatif adalah guru yang meneroka murid-murid. Murid-murid menunggu guru kerana tidak sabar untuk mempelajari pengajaran baru. Setiap guru mempunyai kreativiti masing-masing. Guru haruslah mendapatkan ilmu daripada bahan-bahan bacaan dan memperkembangkan kreativiti dalam diri. Guru yang kreatif akan meyediakan pelbagai bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Berfikiran positif

Sentiasa berfikiran positif, tanpa memikirkan keburukan dan kelemahan para pelajar. Tidak membezakan pelajar yang cantik atau buruk dan yang pandai atau tidak. Sentiasa melaayan murid pendidikan khas dengan layanan yang baik, tidak memukul mereka sekirannya mereka membuat salah. Sentiasa memahami kelaluan pelajarnya. Guru seharusnya menyayangi murid-murid pendidikan khas seperti mereka menyayangi murid-murid biasa.

2 comments:

Ana said...

Assalamualaikum..untuk menjadi seorang guru pendidikan khas atau guru yg mengajar pemulihan ni..ada bidang pengajian khas ke? Atau sesiapa pun boleh?

Shazana Halim said...

waalaikumusalam, maaf lambat balas.. setahu saya, untuk menjadi guru pendidikan khas.. perlu mengikuti program khas pensiswazah guru..

.