Wednesday, June 8, 2011

APA ITU AMANAH????

assalamualaikum semua, 

heheheh rasanya dah lama tak update blog mahligai an-nur nie..asyik hias blog jew sampai terlupa nak berkata2.. hari ini ana nak berkata2 mengenai amanah.. kalau nak becerita pasal amanah nie, sampai pagi esok pun tak habis..maka tak tido lah ana huhuhu...sebelum kita pergi lebih mendalam lagi..kita kenal dulu apa itu amanah..

sebelum itu ana nak ingatkan pada anda semua, ana bukanlah ustazah ( rasanya tak layak pun jadi ustazah) c0z ana sedar ana tak sempurna mana pun..tapi niat ana ikhlas..hari ini ana cuma nak berkongsi dengan u all semua, apa itu amanah...




MAKNA AMANAH

Dari segi bahasa, amanah berasal dari perkataan Arab, bermaksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis. Dari segi nilai dan akhlak, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, terselamat dan harmonis (Mohd Nakhaie Hj. Ahmad 1996:2).

KEPENTINGAN AMANAH

Amanah merupakan salah satu syarat berimannyaseseorang. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At Tabrani).

Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad). 

Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad). 

Amanah juga menjadi salah satu pengukur kepada munafiq tidaknya seseorang itu. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia menggkhianatinya” (Riwayat Abu al-Syeikh). 


PETIKAN DARI NAS AL-QURAN
Larangan Berkhianat Terhadap Amanah 

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui” (Al-Anfaal (8):27).



nak tahu lebih lagi pasal amanah pergilah link ini::


KESIMPULAN 

Amanah adalah sifat mahmudah yang mesti ada dalam setiap diri manusia dan mesti diamalkan setiap saat dan di mana sahaja.

Untuk menjadi darah daging, amanah bukan hanya perlu dipelajari dan diamalkan, tetapi juga mesti dirasai dan dihayati. Ini tidak mungkin terjadi kecuali seseorang itu mempunyai iman paling kurang iman ayan dan nafsu paling kurang nafsu mutmainnah. 

p/s:: wah mcm wat assigment subject pengajian islam dah..yang baik semuanya datang dari Allah, dan yang tak baik datangnya dr sy sendiri mohon maaf seandainya ada yg tak puas hati......

No comments:

Blog Archive

.