Friday, July 22, 2011

Baju persalinan perkahwinan Memey Suhaiza bernilai RM7.2 juta????



Gila hebak. ni bukan satu mimpi tapi betui2...

tadi cek ada terbaca di blog rakan2 kita

dia ada buat story pasal perkahwinan memey dan normaan

baca punya baca pasal mereka ni tibe2 ternampak satu statment di mana

 Baju persalinan perkahwinan Memey Suhaiza akan bernilai RM7.2 juta.

huh, terkejut berukkk cekk...mahai tuuu ley bayaq duit ptptn tu hahahaha..

 Ini barulah wedding of the year. ..

blink2 mata di buatnya..kalah dato ct nurhaliza..

p/s: eeee geli geleman lah cek tulis story pasal depa ni hahahahaha...
tibe2 teringgat kes tangkap basah dan kisah abby abadi...huhhuhu apa2 pun tahniah buat korang berdua 
biasalah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan....


BERITA LEBIH LANJUT PASAI MEMEY N NORMAN
KUALA LUMPUR — Berita dua pelakon pasangan sejoli, Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor bukan lagi kejutan.
Apa yang mengejutkan ialah Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut, yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta, pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Memey yang baru berusia 23 tahun dikatakan akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Selain itu, Memey akan berhias dengan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara serta dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

Sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.

Menurut blog hiburan, beautifulnara.com, pihaknya tidak sabar untuk menunggu tarikh 24 September ini untuk menyaksikan kilauan daripada baju pengantin Memey.

“Gila hebak. Ini barulah wedding of the year. Baju persalinan perkahwinan Memey Suhaiza akan bernilai RM7.2 juta pada hari bahagiannya. Meleleh la air liur melihat kilauan emas pertama baju Memey nanti,” katanya.

Norman adalah bekas suami pelakon popular yang juga bekas penyanyi, Abby Abadi dan bapa kepada Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim.

Mynewshub.my

2 comments:

aamalinaazman said...

bapaaaaakkk ahh!adoii..mahe gile

Kak Nik said...

Mahal pun bukan duit depa kan? baik le buat rumah atau gi Mekah

Blog Archive

.