Sunday, September 25, 2011

[ARTIS] Norman Ucap Terima Kasih Kepada Abby



“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Abby kerana dia yang sediakan pakaian untuk anak-anak untuk dipakai pada majlis pernikahan hari ini. Pada mulanya, saya pun tidak terfikir untuk bawa anak-anak pada majlis nikah ini. Ingatkan, biarlah mereka datang kemudian untuk majlis resepsi sahaja. Tapi, Abby yang cadangkan saya bawa mereka. Malah, dia juga yang sediakan baju yang mereka pakai tadi,”ujar Norman ketika sidang media selepas majlis akad nikah berakhir.

Dalam masa yang sama, Norman juga mengakui hubungannya dengan Abby kini semakin baik kerana masing-masing telah dapat menerima segala yang berlaku. Jelas lelaki berumur 35 tahun ini, peredaran waktu membantu menyembuhkan kesakitan yang mereka alami sebelum ini.

“Saya lihat hubungan saya dan Abby sekarang ini sudah semakin baik. Peredaran waktu membuatkan masing-masing boleh menerima apa yang berlaku. Walaupun kini saya telah menjadi suami kepada Memey, tetapi ini tidak bermakna Abby tidak boleh menghubungi saya lagi. Saya juga tidak kisah jika Abby mahu berkongsi masalah dengan saya. Memang kami telah berpisah, tetapi kami ada hubungan sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak,” ulas Norman lagi.


Norman dan Abby telah dikurniakan dengan tiga orang anak sepanjang tempoh perkahwinan mereka iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim, 3. Norman dan Abby disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 lalu. Ini adalah perceraian kedua selepas bercerai kali pertama pada 5 Mei 2006


No comments:

Blog Archive

.