Friday, December 30, 2011

[2012] Maklumat Mengenai MyKad Baru




”Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal mengeluarkan MyKad baru yang menambah pulih ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini”, kata Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.

Pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Feb ini. Ujar Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.

”Orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib”, Ujar Datuk Jariah lagi.

“MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

“Selain itu, MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku,” katanya pada sidang media di sini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Beliau berkata MyKad baru telah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang telah ditambahbaik.

Jariah berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Jan, Johor Bahru (14 Jan), Kuantan (15 Jan), Melaka (17 Jan), Kuching dan Kota Bharu (20 Jan), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Jan).

Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Feb, Miri (6 Feb), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Feb serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Feb.

“JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

“Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak,” katanya. — BERNAMA

Baca selanjutnya di penulissenja

No comments:

Blog Archive

.