Monday, December 31, 2012

Nikon D5100 Dalam Gengaman.....

Wah!!! tajuk macam sempoi jer kan...
tapi pada hakikatnya bukan dalam gengaman ku
tapi dalam gengaman adikku kehkehkeh  :-P


Eeeeuuuuu Jeles nyerrr..... nak jugak!!!!!
tiba2 rasa menyesal la pulak sebab beli Benda yang sudah terbeli
kalaulah saya tahu tahap kejelesan akan sampai ke tahap ni
sudah tentu saya akan pilih yang ini..

Hurmm takpelah telajak kereta boleh di undur
dah telajak beli kenalah kumpul duit lagi...


To My Adik, Take care ur Camera and jangan cuai letak merata...
dan Nnt2 nak pinjam Takmo kedekut2 tau hehehehee






Saturday, December 29, 2012

TAKE NOTE UTK ESOK: METAMORPHOSIS ART EXHIBITION


Rasa2 esok free tak? 
Kalau free, jum kita gi Pantai QueensBay
KITA tengok pameran METAMIRPHOSIS..


JANGAN LUPA 
PUKUL 4PM SATGI TAU!!!!!


TAKE NOTE::
    • 4:00pm until 1:00am






  • The art gallery on street exhibition.

    The fifth art exhibition by GenYouth Photohunter.

    29.12.12 - Rain or shine!
    Venue: Pantai Queensbay, Penang, Malaysia
    Duration: 4PM - 1AM - FREE ADMISSION

    The activities:
    -Poetry. -Graffiti. -Painting. -Sculpture. -Short Film. -Photography. -New Media Arts. -Performing Arts. -Sharing Session.


 # Jum Ramai2 Pakat sokong rakan Seni kita ahnaf.hakimi...







Wednesday, December 12, 2012

Universiti ‘lima bintang’ di Negeri Kedah



KUALA KETIL – Kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil dijangka siap hujung tahun ini. Ianya akan menjadi universiti ‘lima bintang’ bagi rakyat Kedah apabila ianya siap nanti.







Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak bersyukur kerana perjalanan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berjalan dengan lancar dan ianya dijangkakan siap hujung tahun ini.




“Bayangkan kita hanya kerajaan negeri bukan pusat tapi kita mampu membina sebuah universiti walaupun tanpa bantuan pusat satu sen pun dan orang Kuala Ketil panggil KUIN sebagai unversiti lima bintang,” ujarnya berjenaka.

Beliau berkata demikian semasa bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini.

Saturday, December 1, 2012

Akhirnya Dia Milik ku...


Yahuuuuuuuuuuuuuuu harini Saya dah Beli Samsung Galaxy Note dan Samsung Galaxy y (perhhh dua hp skali gus, giler ke apa???? takdalah Galaxy Y tu hp baru roomate kami beli skali).. Saja jer nak buat porpa kehkehkeh)... Sebenarnya dah lama idam N8000, sebab tu sejak kebelakangan ni jiwa asyik memberontak Nak N8000...

Tadi Masa teman kawan gi Bank Islam di Bayan Lepas, Kami singgah GIANT dan Pc Fair di PISA (Pulau Pinang) Masa di Giant sempat lagi beli baju sepasang, tapi masa di PISA pula hatiku terpaut pada satu gerai... Dan gerai itu adalah gerai SAMSUNG ( jeng...jeng.. jeng... dah nak start citer la tue, sapa tak mau dengar tutup telinga rapat2)...

Pada mulanya mata berlingkar2 cari N8000... tapi, ada sedikit hampa... Sebab benda yg di cari tak di temui... Memandangkan housmate nak beli hp... Kami pun temankan dia cari hp di kaunter SAMSUNG.... Mula2 saja jer tanya pasal samsung note N7000... Nampak agak menarik, fungsi lebih kurang jer dengan N8000.. yg beza cuma skrin.. skrin N8000 lebey besar dari N7000... 

TAPI Nak di pendekkan cerita, tanpa berpikir panjang... Boleh pulak beli N7000 ( selalunya kalau nak beli sesuatu barang, susah betul nak buat keputusan).... tapi tadi  selamber jer bg kad kredit... promoter tu pun selamber jer terus potong duit...hahahahahaha.... Benda dah jadi, So, redha jelah... Lagipun Benda ni memang di ingini pun... takdapat abg N8000 adik N7000pun jadilah..... yg penting fungsi sama... So,  Sebagai org seni (eleh seni ke ??? lukis pun macam tak lepas gi.... hahaha), dan saya rasa Samsung Note ni amat berguna untuk saya.... Syukur Kepada Allah kerana makbulkan doa saya...  

# AYAH DAH BG LAMPU HIJAU... TU YG BERANI BELI.... KALAU TAK, KENA PIKIR 1001 KALI... okeylah cukuplah entri sampai di sini, SKARANG NAK START TEROKA HP BARU :)  ( hahahaha sengal kan, tupun nak bg tau kan, org len dah habis teroka da....) hurm tak kisahlah... itu org len punya cerita... dan ini sy punya cerita....LALALALALALA...)

Friday, November 30, 2012

Senarai Kedai Untuk Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M)


Yahuuuuu Saya dah dapat Kad Diskaun Siswa.... Siswa2 dan siswi2 yang lain macam mana, dah dapat ke belum? Time dapat kad ni, kami and the geng exicted giler. sampai, semua kedai kami nak mintak diskaun...kehkeh.... tapi pada hakikat yg sebenar hanya 51 syarikat sahaja yang boleh di minta diskaun dengan menggunakan kad diskaun siswa ini. Antara berikut adalah seperti di bawah: 



Buku & Alatan Tulis 

MPH Bookstores 
Imlaq Book Centre 
BORDERS 
RONA .
Kiang Trading 
Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad 
Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad 
Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad 

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian 
Bata 
iFamily 
Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
Texline Lino 

Klinik / Optometri / Cermin Mata 
Poliklinik An-Nisa' 
Qualitas Health 
Focus Point 
Menara Optometry 

Makanan Dan Minuman 
KFC 
Daily Fresh 
A&W 
Coffee Berry 
The Chicken Rice Shop 
Restoran Kenny Crab 
Sweet Chat 
Legend's Claypot Bariyani House 
Dubu Dubu Seoul Food 
My Java Coffee 
Pancake House International 
Station One Cafe 
Gloria Jean's Coffee 
Bangi Kopitiam 

Hotel dan Penginapan 
Ancasa Hotels & Resorts 
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur 
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson 
Jerejak Rainforest Resort Penang 
Ancasa Express Pudu 
Tune Hotel 
Leo Express Hotel 
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad 
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad 
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad 
Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad 
Rakyat Travel SDN BHD 

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan 
Foot Master 
Paris Hill 
Proactiv 
Clara 
Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad 

Produk IT 
Koperasi Celcom Berhad 
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad 

Lain-Lain 
BKZ Bikerz (Motosikal) 
Roller Star Arena (Kasut Roda) 
Double Site (Helmet / Aksesori Motor) 
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad 
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad 
MYDIN

Monday, November 26, 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH.




Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...



Saturday, November 3, 2012

Aku Terima Nikahnya.....


Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa( Nora Danish). Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan. Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya. Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu. Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya lakonan Mon Ryanti. Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.

Pelakon: Adi Putra, Nora Danish, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.


Monday, September 24, 2012

Jadual Lengkap Manchester United 2012/2013...

Berikut adalah jadual lengkap untuk Manchester United di
Liga Premier 2012-2013:





DateTimeHomeAwayVenueCompetition
Sep 1918:45 GMTManchester UnitedvGalatasarayOld TraffordChampions League (2012 First Phase)
Sep 2312:30 GMTLiverpoolvManchester UnitedAnfieldPremier League
Sep 2618:45 GMTManchester UnitedvNewcastle UnitedOld TraffordCapital One Cup (Round 3)
Sep 2916:30 GMTManchester UnitedvTottenham HotspurOld TraffordPremier League
Oct 218:45 GMTCFR Cluj-NapocavManchester UnitedStadionul Dr. Constantin RadulescuChampions League (2012 First Phase)
Oct 715:00 GMTNewcastle UnitedvManchester UnitedSports Direct ArenaPremier League
Oct 2014:00 GMTManchester UnitedvStoke CityOld TraffordPremier League
Oct 2318:45 GMTManchester UnitedvBragaOld TraffordChampions League (2012 First Phase)
Oct 2816:00 GMTChelseavManchester UnitedStamford BridgePremier League
Nov 312:45 GMTManchester UnitedvArsenalOld TraffordPremier League
Nov 719:45 GMTBragavManchester UnitedBraga MunicipalChampions League (2012 First Phase)
Nov 1017:30 GMTAston VillavManchester UnitedVilla ParkPremier League
Nov 1717:30 GMTNorwich CityvManchester UnitedCarrow RoadPremier League
Nov 2019:45 GMTGalatasarayvManchester UnitedTürk Telekom ArenaChampions League (2012 First Phase)
Nov 2415:00 GMTManchester UnitedvQueens Park RangersOld TraffordPremier League
Nov 2820:00 GMTManchester UnitedvWest Ham UnitedOld TraffordPremier League
Dec 115:00 GMTReadingvManchester UnitedMadejski StadiumPremier League
Dec 519:45 GMTManchester UnitedvCFR Cluj-NapocaOld TraffordChampions League (2012 First Phase)
Dec 815:00 GMTManchester CityvManchester UnitedEtihad StadiumPremier League
Dec 1515:00 GMTManchester UnitedvSunderlandOld TraffordPremier League
Dec 2215:00 GMTSwansea CityvManchester UnitedLiberty StadiumPremier League
Dec 2615:00 GMTManchester UnitedvNewcastle UnitedOld TraffordPremier League
Dec 2915:00 GMTManchester UnitedvWest Bromwich AlbionOld TraffordPremier League
Jan 115:00 GMTWigan AthleticvManchester UnitedDW StadiumPremier League
Jan 1215:00 GMTManchester UnitedvLiverpoolOld TraffordPremier League
Jan 1915:00 GMTTottenham HotspurvManchester UnitedWhite Hart LanePremier League
Jan 3020:00 GMTManchester UnitedvSouthamptonOld TraffordPremier League
Feb 215:00 GMTFulhamvManchester UnitedCraven CottagePremier League
Feb 915:00 GMTManchester UnitedvEvertonOld TraffordPremier League
Feb 2315:00 GMTQueens Park RangersvManchester UnitedLoftus RoadPremier League
Mar 215:00 GMTManchester UnitedvNorwich CityOld TraffordPremier League
Mar 915:00 GMTWest Ham UnitedvManchester UnitedUpton ParkPremier League
Mar 1615:00 GMTManchester UnitedvReadingOld TraffordPremier League
Mar 3015:00 GMTSunderlandvManchester UnitedStadium of LightPremier League
Apr 614:00 GMTManchester UnitedvManchester CityOld TraffordPremier League
Apr 1314:00 GMTStoke CityvManchester UnitedBritannia StadiumPremier League
Apr 2014:00 GMTManchester UnitedvAston VillaOld TraffordPremier League
Apr 2714:00 GMTArsenalvManchester UnitedEmirates StadiumPremier League
May 414:00 GMTManchester UnitedvChelseaOld TraffordPremier League
May 1214:00 GMTManchester UnitedvSwansea CityOld TraffordPremier League
May 1914:00 GMTWest Bromwich AlbionvManchester UnitedThe HawthornsPremier League


Friday, August 17, 2012

Ketupat Punya Cerita


Bila Cerita pasal ketupat... 
Tiba2 teringat memori lama
Di sinilah, bermulanya kisah yg takberapa kelakar kehkeh...
Lokasi kejadian : Hostel UNISEL, Bestari Jaya
Tajuk: Ketupat PALAS Punya Cerita


Dulu masa blajaq, tiap kali raya... 
cek suka bawa balik kuih raya untuk member-member hostel, termasuklah ketupat versi orang kedah... kalau nak tau, bentuk ketupat org kedah bukan 4 segi tapi 3 segi, isinya pula pulut dan bukannya nasi... Qamai jugaklah member2 yang asal dari selatan, jadi pelik bila tengok ketupat yang berbentuk macam ni... Ingatkan orang selatan ni, tau semua pekara. Qupanya, kuno jugak depa ni hehehe, ialah ketupat femes macam ni pun tak penah tengok.. kira kuno jugaklah ngeh2 hehehe... kalau nak tau ketupat palas yang berbentuk 3 segi ni sangat simple, cepat dan mudah di makan... berbanding ketupat nasi yang berbentuk 4 segi, siap kena menganyam gitu... hehehee..


okeylah, kita teruskan story.....
Memandangkan semua Member2 dah balik UNISEL... So, Masa untuk wat open house ( Open house dalam Hostel pun jadilah ) Untuk pengetahuan pembaca disini, masa tu ketupat versi kedah turut di hidang di atas meja makan ( Tanpa di buka balutan daun palas)... 

Masa Open house tu, Cek ada hidang 2 jenis ketupat yang pertama ketupat biasa dan yang kedua ketupat kacang.. So, ramai pulak yang nak cuba ketupat kacang ( Maybe jarang kut orang duk buat, sebab tu ramai yang teringin nak qasa )... Kepada pembaca2 yang tak penah tengok qupa ketupat kacang.. Jom tengok gambaq bawah ni:

Taraaaaa.. Nilah ketupat kacang


Suasana masa tu memang riuh rendah, biasalah lama tak jumpa ( yeke, lama tak jumpa?? qasanya 1 minggu je dapat cuti huhuhu ).. Tapi, Suasana menjadi lebih riuh-rendah bila ada member yang buka ketupat dari tadi sampailah sekarang tapi still tak boleh bukak.. katanya " payahlah nak makan ketupat orang kedah siap nak kena buka simpul, sudahlah simpul ketat" bebel budak tersebut... 

HAHAHAHAHAHA memanglah susah, yang mung gi bukak simpul tu sapa suwuh.. Tujuan simpul tu di buat untuk pastikan ketupat tu betul-betul kejap... ( kan dah sesat jalan, itulah lain kali kalau tak tahu kena bertanya kahkah ) Opssss Tak baik gelakkan orang.. sori kawan :)



Kalau duk bukak simpul (macam dalam bulatan di atas tu) jawabnya sampai esok tak boleh nak makan... adoiiiii kesian tuiiii member aku sorang ni.. Nak kata tak cerdik, cerdik.. Setiap sem pointer tinggi kowtt... tapi tulah nak wat macam mana, dah dia tak dak pengalaman. So, kita tak boleh salahkan dia jugak.... 

# Betul kata orang tua2, pengalaman tu penting... 


Sunday, July 29, 2012

Muadzin Ar-Rasul gelaran untuk Bilal bin Rabah




Pendahuluan untuk entri kali ni, ana buat pendek sudahlah ye.. 
yang penting apa yang ana nak sampai kan jelas dan mudah di fahami anda semua.. 
0hya... Kalau Nak tahu, Ana merupakan pengemar novel2 sejarah islam 
okey kali ni ana nak bercerita pasal BILAL BIN RABAH.



Namanya adalah Bilal bin Rabah, Muazin Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam, memiliki kisah menarik tentang sebuah perjuangan mempertahankan aqidah. Sebuah kisah yang tidak akan pernah membosankan, walaupun terus diulang-ulang sepanjang zaman. Kekuatan alurnya akan membuat setiap orang tetap penasaran untuk mendengarnya. Bilal lahir di daerah as-Sarah sekitar 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, sedangkan ibunya bernama Hamamah, seorang budak wanita berkulit hitam yang tinggal di Mekah. Karena ibunya itu, sebagian orang memanggil Bilal dengan sebutan ibnus-Sauda’ (putra wanita hitam). Bilal dibesarkan di kota Ummul Qura (Mekah) sebagai seorang budak milik keluarga bani Abduddar. Saat ayah mereka meninggal, Bilal diwariskan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum kafir. Ketika Mekah diterangi cahaya agama baru dan Rasul yang agung Shalallahu ‘alaihi wasallam mulai mengumandangkan seruan kalimat tauhid, Bilal adalah termasuk orang-orang pertama yang memeluk Islam. Saat Bilal masuk Islam, di bumi ini hanya ada beberapa orang yang telah mendahuluinya memeluk agama baru itu, seperti Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar ash-Shiddiq, Ali bin Abu Thalib, ‘Ammar bin Yasir bersama ibunya, Sumayyah, Shuhaib ar-Rumi, dan al-Miqdad bin al-Aswad. Bilal merasakan penganiayaan orang-orang musyrik yang lebih berat dari siapa pun. Berbagai macam kekerasan, siksaan, dan kekejaman mendera tubuhnya. Namun ia, sebagaimana kaum muslimin yang lemah lainnya, tetap sabar menghadapi ujian di jalan Allah itu dengan kesabaran yang jarang sanggup ditunjukkan oleh siapa pun.

[ Coretan ] La Tahzan!! Jangan Menangis




Kenapa Menangis?

Cuba kita perhatikan keadaan masyarakat di sekeliling kita. Kenapa mereka menangis? Ada yang menangis kerana pasukan bola yang dicintai kalah dengan pasukan lain. Ada yang menangis kerana kononnya dikecewakan oleh kekasih yang dicintainya. Ada juga mungkin yang menangis ketika melihat anak-anaknya atau ibu bapanya yang tercinta melakukan perkara-perkara salah dan tak ikut syariat. Ada yang menangis kerana mendapat memberikan sumbangan atau menerima penganugerahan yang sangat dicintai.

Jadi, kalau kita perhatikan semula semua contoh kes yang saya sebutkan satu per satu tadi, terlalu banyak sebab kenapa seseorang itu menangis. Cuma, daripada kita sibuk membicarakan tentang masalah orang lain 'kenapa mereka menangis'. Adalah lebih baik jika kita tanyakan pada diri kita sendiri,


Kenapa kita menangis? 
Tanyakan pada diri kita sekarang. Kenapa?


Jika kita perhatikan juga kenapa kebanyakan manusia itu menangis, nescaya kita akan mendapati hampir semua daripada mereka menangis kerana cinta. Cinta terhadap masalah akhirat atau masalah dunia, itu yang perlu kita perdalamkan lagi kajiannya, Tidak kisahlah sama ada mereka mendapat sesuatu atau kehilangan sesuatu. Seseorang itu hanya akan menagis apabila sesuatu perkara yang terjadi atau terlibat dalam kehidupannya itu ada kaitan yang sangat rapat dengan rasa cinta dia pada sesuatu itu.

Ada orang menangis, itu belum tentu kerana masalah dia sedang bersedih. Ada juga orang yang ketawa kelihatan gembira, tetapi itu belum tentu kerana dia bahagia. Kalau kita perhatikan orang-orang yang duduk dalam Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, berapa ramai orang yang bergelak ketawa dalam tu? Gembira sungguh kalau kita lihat hingga mungkin ada yang teringin untuk jadi macam mereka kerana dah bosan dengan stress kehidupan. Masya-Allah, mestilah ramai, tetapi adakah benar mereka bahagia? Belum tentu..







Kenapa kita menangis? 

Pastikanlah jawapannya ialah kerana kita takutkan Allah.  
Kenapa kita menangis? 
Pastikanlah jawapannya adalah kerana kita merupakan hamba yang sering berbuat dosa. Setiap kata-kata-Nya kita tidak mahu dengar, tidak mahu ikut, bahkan kadang-kadang kita menjauhkan diri kita daripada mendengar kata-kata-Nya dan melawan kata-kata-Nya. Lebih malang lagi apabila kita adalah orang-orang yang berkomplot dalam membuat usaha-usaha menghalang orang lain daripada mendegar kata-kata Allah. Maka menangislah dan bertaubalah kepada Allah kerana ketika kita menjadi hamba yang degil, masih saja nikmat dari-Nya itu diberikan kepada kita. Diberikan kita peluang untuk bernafas dan terus menikmati kehidupan hari demi hari. Dan lebih pelik lagi, Allah memberikan kita kebaikan-Nya dengan meletakkan kita dalam suasana tarbiyah. Menjadi salah seorang daripada orang yang cuba menghidupkan dakwah pada hari ini. Masihkah kita tidak mahu menangis untuk itu?



Kerana apa kita menangis? 

Thursday, July 26, 2012

Cara Pasang Kotak FB Like

1. Pastikan anda telah buat  halaman Fesbuk Anda...

2. Yang belum buat halaman, boleh buat di sini pages/create

3. kemudian klik  : plugins like-box

4 Ikut arahan dalam gambar di bawah:


  • Pastekan URL Page FB anda dalam kotak merah seperti gambar di bawah
  • Saiz lebar dan ketinggin boleh letak ikut suka anda
  • Kalau masih blur, contoh boleh ikut macam gambar bawah ni..K
  • Klik kotak biru " GET CODE"
  • Copy Code tersebut.


(Klik pada gambar utk besarkan )




5. selepas ambil code, macam biasa >>Dasboard,>> Klik Page Elements >> Klik Add a Gadget. KEMUDIAN copy and  page kat HTML


Monday, July 23, 2012

[ New Video & New Entri ] Naskhah Cinta Rasulullah

ASSALAMUALAIKUM CINTA....
Kalau tak jawap dosa, kalau jawap sayang...

Dah lama tak update entri, besalah selalu sibuk mengalahkan Perdana Menteri...kalau nak tahu inilah blog chipmore kejap ada entri, kejap takda entri hikhik.... kepada sesiapa yang rindukan entri daripada sy yang chomel ni... ( ahaks comel ke??? layan.. ) So, inilah hasil Entri untuk bulan ni... Jumlah layan, Macam biasalah  Kalau suka Like, Kalau tak suka diam... tp kalau salah tolonglah pebetulkan...

# Cakap banyak tak guna, jum terus baca entri di bawah..... sebelum tu, selamat Berpuasa kepada semua umat islam... Posa Jangan Tak puasa... Sapa tak p0sa, nnt dia berd0sa ^^,




Kesah di dalam sebuah hadist yang di riwayatkan; Ketika Baginda tengah duduk berkumpul dengan para sahabat, Baginda bertanya kepada sahabatnya. " Wahai sahabtku, tahukah kalian , siapa hamba yang mulia di sisi Allah... ?" Para sahabat terdiam, lalu salah seorg sahabat berkata " para malaikat Ya Rasulullah, merekalah yg mulia " Baginda berkata; " Ya, Para malaikat itu mulia, mereka sentiasa bertasbih beribadah kepada Allah, tentulah mereka mulia, tapi bukan itu yg Ku maksudkan " 

kemudian para sahabat kembali terdiam, Tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata " Ya Rasulullah, tentulah para Nabi, merekalah yang mulia itu " Rasulullah tersenyum, Baginda berkata " Ya , para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, tapi ada lagi yang lainnya"

Para sahabat terdiam, tertanya-tanya. siapa lagi orang yang mulia itu ? sehingga kemudian salah seorang sahabat berkata " Ya Rasulullah, adakah kami sahabatmu Ya Rasulullah, apakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah ? "Kemudian baginda pandang satu persatu sahabat baginda sambil tersenyum, Baginda berkata," tentulah kalian mulia, Kalian dekat dengan Ku, kalian membantu perjuangganku, bagai mana mungkin kalian tidak mulia, tentulah kalian mulia , tetapi bukan itu yang ku maksudkan"

Para sahabat terdiam semuanya, mereka tak mampu berkata apa-apa lagi..... Tiba-tiba baginda merundukkan wajahnya, tiba-tiba Baginda menagis di hadapan sahabat-sahabatnya, Para sahabat pun tertanya-tanya, Mengapa Kau menagis ya Rasulullah ? Apa bila baginda mengangkat waajahnya, terlihat air mata yang berlinang membasahi pipi dan janggutnya. 

Baginda berkata " Wahai saudaraku , sahabatku, Tahukah kalian siapa yang mulia itu ? Meraka adalah manusia-manusia , mereka akan lahir jauh dari wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah. Tahukan kalian , mereka tidah pernah memandang ku, mereka tidak pernah melihat wajah ku. Meraka hidup tidak dekat dengan ku seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu kepada ku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, Aku pun Rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu, merekalah Ummatku " Tagisan Rasulullah di sambut oleh sahabat-sahabat juga dengan tangisan.

Apakah Kita Sudah Mencintai Rasulullah ?

Nabi Sentiasa Sayang dan Merindui Kita....
Ini Buktinya:



Jadikan kisah di bawah ini, sebagai taladan kita semua...


Filem dakwah yang dinantikan! Sebuah hasil karya Geng Penangkap Cahaya dengan terbitan Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis. NCR dihasilkan bagi menzahirkan manifestasi cinta kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Kekurangan dari segi teknikal perfileman ada berlaku kerana 1st film lebih pada experimental, tetapi fokus, nilai, dan ambil mesej di dalam filem ini ia lebih menjadi keutamaan kami - kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.


# Jadilah pemuda-pemudi acuan Al-quran..

Friday, July 13, 2012

Senarai 50 Universiti Terbaik Di Malaysia 2012



Tahniah UPM! (Nota: Pelajar UPM jangan gembira sangat kerana tahun 2012 masih belum berakhir, beerti ranking ini boleh berubah bila-bila masa tau)
1.Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428)

2.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437)

3.Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464)

4.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523)

5.Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596)

6.Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626)

7.Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891)

8.Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222)

9.Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341)

10.International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411)

11.Universiti Teknologi Petronas (UTP)

12.Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

13.Universiti Utara Malaysia (UUM)

14.Universiti Tunku Abdul Rahman

15.Universiti Malaysia Terengganu

16.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

17.Universiti Malaysia Pahang (UMP)

18.Universiti Sains Islam Malaysia

19.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

20.Universiti Pendidikan Sultan Idris

21.Open University Malaysia

22.Universiti Teknikal Malaysia Melaka

23.International Medical University

24.Taylor’s University College

25.Tunku Abdul Rahman College

26.Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

27.University of Nottingam Malaysia

28.UCSI University

29.Monash University Malaysia

30.Malaysia Theological Seminary

31.Universiti Kuala Lumpur

32.Curtin University of Technology Sarawak Campus

33.Universiti Industri Selangor

34.Selangor International Islamic University College

35.Al Madinah International University

36.Wawasan Open University

37.University Tun Abdul Razak

38.KDU College

39.Universiti Malaysia Kelantan

40.Asia Pasific Institute of Information Technology

41.Help University College

42.Sunway University College

43.INSANIAH University College

44.Universiti Sultan Zainal Abidin

45.Segi College

45.University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine

47.Majlis Peperiksaan Malaysia

48.Malaysian Institute of Management

49.Limkokwing University of Creative Technology

50.Disted-Stamford College




sumber

.