Friday, August 17, 2012

Ketupat Punya Cerita


Bila Cerita pasal ketupat... 
Tiba2 teringat memori lama
Di sinilah, bermulanya kisah yg takberapa kelakar kehkeh...
Lokasi kejadian : Hostel UNISEL, Bestari Jaya
Tajuk: Ketupat PALAS Punya Cerita


Dulu masa blajaq, tiap kali raya... 
cek suka bawa balik kuih raya untuk member-member hostel, termasuklah ketupat versi orang kedah... kalau nak tau, bentuk ketupat org kedah bukan 4 segi tapi 3 segi, isinya pula pulut dan bukannya nasi... Qamai jugaklah member2 yang asal dari selatan, jadi pelik bila tengok ketupat yang berbentuk macam ni... Ingatkan orang selatan ni, tau semua pekara. Qupanya, kuno jugak depa ni hehehe, ialah ketupat femes macam ni pun tak penah tengok.. kira kuno jugaklah ngeh2 hehehe... kalau nak tau ketupat palas yang berbentuk 3 segi ni sangat simple, cepat dan mudah di makan... berbanding ketupat nasi yang berbentuk 4 segi, siap kena menganyam gitu... hehehee..


okeylah, kita teruskan story.....
Memandangkan semua Member2 dah balik UNISEL... So, Masa untuk wat open house ( Open house dalam Hostel pun jadilah ) Untuk pengetahuan pembaca disini, masa tu ketupat versi kedah turut di hidang di atas meja makan ( Tanpa di buka balutan daun palas)... 

Masa Open house tu, Cek ada hidang 2 jenis ketupat yang pertama ketupat biasa dan yang kedua ketupat kacang.. So, ramai pulak yang nak cuba ketupat kacang ( Maybe jarang kut orang duk buat, sebab tu ramai yang teringin nak qasa )... Kepada pembaca2 yang tak penah tengok qupa ketupat kacang.. Jom tengok gambaq bawah ni:

Taraaaaa.. Nilah ketupat kacang


Suasana masa tu memang riuh rendah, biasalah lama tak jumpa ( yeke, lama tak jumpa?? qasanya 1 minggu je dapat cuti huhuhu ).. Tapi, Suasana menjadi lebih riuh-rendah bila ada member yang buka ketupat dari tadi sampailah sekarang tapi still tak boleh bukak.. katanya " payahlah nak makan ketupat orang kedah siap nak kena buka simpul, sudahlah simpul ketat" bebel budak tersebut... 

HAHAHAHAHAHA memanglah susah, yang mung gi bukak simpul tu sapa suwuh.. Tujuan simpul tu di buat untuk pastikan ketupat tu betul-betul kejap... ( kan dah sesat jalan, itulah lain kali kalau tak tahu kena bertanya kahkah ) Opssss Tak baik gelakkan orang.. sori kawan :)



Kalau duk bukak simpul (macam dalam bulatan di atas tu) jawabnya sampai esok tak boleh nak makan... adoiiiii kesian tuiiii member aku sorang ni.. Nak kata tak cerdik, cerdik.. Setiap sem pointer tinggi kowtt... tapi tulah nak wat macam mana, dah dia tak dak pengalaman. So, kita tak boleh salahkan dia jugak.... 

# Betul kata orang tua2, pengalaman tu penting... 


2 comments:

Yaya Mohd said...

yaya xreti ngaym ktupt lgsung...huuuu
kalo cube wat pun xjadi..maleh..;p
slmt hari raye ye.. ^,^

oghang penang said...

orang penang bukak simpoi tu rilek ja...heheehehehehe..pengalaman gak tu...

.