sejak Ustaz Azhar Idrus goreng gitar di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Sempena Kempen Anti Zina (Ambang tahun Baru 2012)
ramai tertanya2, tak haram ke main gitar??
Secara ringkasnya, Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll: Mazhab Hambali. Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya. Mazhab Shafie. Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya. Mazhab Maliki. Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya. Mazhab Hanafi. Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.
Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.
Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa harus menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.
Soalan berkisar dan muzik dan nyanyian ini menjadi topik yg sering diutarakan di Al-Ahkam ini. Secara ringkasnya, kami berpegang kpd fatwa Dr yusuf al-Qaradawi yg mengatakan hukum muzik ini harus selagi ia tidak melampaui batas. Adapun alatan muzik seperti gitar, Dr Yusuf al-Qaradawi mengatakan hadis2 yg menerangkan hukum ini semuanya tidak dapat lari dari kecacatan ataupun tidak sahih. Kesimpulannya gitar itu harus selagi ia digunakan dgn jalan yg betul.
Sila lanjutkan bacaan saudara ke URL berikut: http://al-ahkam.com.my/soaljawab/sj541-558.shtml Lihat di Sj 550. di sini: Utk mendapatkan perbahsan yang panjang lebar dari Dr Yusuf Al-Qaradawi sila rujuk
URL ini: http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/index.html Lihat juga Menyanyi dan Muzik - Penulisan Dr. Yusuf Qardhawi Harap kami dapat meleraikan kesusutan saudara/saudari.
NAK TAU LEBIH LANJUT PERGI TANYA Ustaz Azhar Idrus SENDIRI..
# SYABAS BUAT USTAZ DAN YANG LAIN KERANA BEKERJA KERAS UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM ANTI ZINA SEMPERNA TAHUN BARU 2011
# SYABAS BUAT USTAZ DAN YANG LAIN KERANA BEKERJA KERAS UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM ANTI ZINA SEMPERNA TAHUN BARU 2011
sumber gambar: syahiruldotcom
No comments:
Post a Comment