Thursday, September 12, 2013

Sakit itu Nikmat

Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosa ku. Terimalah segala taubat hamba Mu ini. Inilah lumrah manusia, bila sakit, bila susah, baru cari dan Ingat Allah.. Aku juga tak terlepas daripada situasi ini. Bohonglah kalau diri ini menyatakan bahawa sakit itu nikmat.. semua orang akan mengatakan bahawa sakit itu adalah derita.. tak seorang pun manusia di dunia ini, ingin berpeluk dengan sakit. semuanya nak sihat dan bahagia.. Tapi kita lupa, bahawa ada sebab kenapa Allah beri kita sakit. tak kisahlah sakit apa pun. sakit tentang hati ke, sakit di sebabkan penyakit ke..Kita perlu ingat, bahawa rasa sakit ini hanya sementara. mungkin sekarang kita tak di beri peluang di atas dunia.. tapi yakinlah bahawa Allah akan membalas nikmatnya di syurga.. 

# jangan mempersoalkan nasib dan takdir kita... semua ini adalah kerja Allah... dia memberi dengan bersebab, sebagai hamba kita kena menerima.. percayalah bahawa rasa sakit ini akan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah S.W.T. sekian sahaja entri utk kali ini.. Ingat jangan lupa untuk BELAJAR BERSYUKUR :) XOXO dari shazana halim.

Wednesday, September 4, 2013

Mengungkit tandanya kufur nikmat...

Memang Sudah lumrah kehidupan, bila bergaduh atau berselisih faham maka segala kebaikan yang pernah di buat akan di ungkitkan semula. Seolah-Olah, kita  di sini langsung tak pernah buat kebaikan di depan mata mereka. Betulah kata orang, "Orang kalau dah tak suka atau benci kita, semua benda baik pun nampak buruk, cantik pun nampak hodoh".

Ketahuilah, bahawa seburuk-buruk mana pun manusia di pandangan mata kalian, kalian tak berhak untuk menghina sesiapa pun di atas muka bumi ini (Kalau nak tegur pun ada caranya) Tapi, jangan lupa bahawa kalian juga penah melakukan dosa. Entah-entah, dosa kalian lebih teruk daripada hamba Allah yang di hina ini. Kalian boleh mengunggkit apa yang kalian pernah berikan pada kami. Kami sedar, kami hanya manusia yang hina, singgah sebentar untuk menumpang kasih . Kami takda hak apa-apa untuk mengunggkit. 

Tapi Ingatlah, Orang tua-tua selalu berpesan, “Orang yang suka mengungkit, lambat laun rezekinya sempit”. Jika kita perhatikan carta kehidupan manusia, memang ungkapan ini ada kebenarannya. Rezeki bukan hanya bermaksud wang ringgit, boleh jadi kehidupannya sempit akibat pelbagai permasalahan lain. Tahukan kenapa kehidupan kalian sempit??  It's Not 'Karma', It's Allah's Justice -

Rasulullah SAW, bersabda “Ada tiga golongan di hari kiamat dimana Allah tidak berbicara, tidak melihat dan tidak pula mensucikan mereka dan bahkan bagi mereka siksa yang pedih. Yakni orang yang menutupkan sarungnya hingga mata kaki, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya, dan orang yang menawarkan dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis riwayat Muslim) 

P/S:

 


.