Thursday, September 12, 2013

Sakit itu Nikmat

Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosa ku. Terimalah segala taubat hamba Mu ini. Inilah lumrah manusia, bila sakit, bila susah, baru cari dan Ingat Allah.. Aku juga tak terlepas daripada situasi ini. Bohonglah kalau diri ini menyatakan bahawa sakit itu nikmat.. semua orang akan mengatakan bahawa sakit itu adalah derita.. tak seorang pun manusia di dunia ini, ingin berpeluk dengan sakit. semuanya nak sihat dan bahagia.. Tapi kita lupa, bahawa ada sebab kenapa Allah beri kita sakit. tak kisahlah sakit apa pun. sakit tentang hati ke, sakit di sebabkan penyakit ke..Kita perlu ingat, bahawa rasa sakit ini hanya sementara. mungkin sekarang kita tak di beri peluang di atas dunia.. tapi yakinlah bahawa Allah akan membalas nikmatnya di syurga.. 

# jangan mempersoalkan nasib dan takdir kita... semua ini adalah kerja Allah... dia memberi dengan bersebab, sebagai hamba kita kena menerima.. percayalah bahawa rasa sakit ini akan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah S.W.T. sekian sahaja entri utk kali ini.. Ingat jangan lupa untuk BELAJAR BERSYUKUR :) XOXO dari shazana halim.

1 comment:

Unknown said...

sakit itu merupakan bagian dari kehidupan, orang tidak akan merasa sehat kalau belum pernah merasa sakit

.