Monday, March 30, 2020

[CONVID19] Artis Malaysia buat lawak!!



Salam "Stay at home" kepada semua pembaca. Tahniah kepada anda semua kerana berjaya melawan diri untuk terus bertahan di dalam rumah. Ingat!! Jangan keluar rumah, tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Sama-samalah kita bantu kerajaan, permudahkan urusan warga KKM. "Be a good people for your self and country." Jangan jadi Manusia yang pentingkan diri sendiri dan menyusahkan semua pihak.

Terima Kasih, kepada yang sudi membaca penulisan ini. Agak lama tidak ngomel di blog ni. Di sebabkan Malaysia diwajibkan untuk "quarantin" duduk di rumah, jadi jari jemari ni terasa gatai pulak untuk menaip... Now " I'm Back" hahahhahaha... 

Sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan isu Convid 19. Kami tak mahu bercerita pasal isu Virus, sebab ada yang lebih arif tentang isu ini. Tapi, kami sangat tertarik dengan sifat ke-lawak-kan yang di tonjol oleh artis-artis Malaysia, yang tak habis-habis mahukan bantuan lebih dari kerajaan baru Malaysia.

Guys, plis Stop it!! jangan tunjuk sangat "true colorz uolls". Cubalah belajar bersyukur. Selama ini, Allah beri kemewahan kepada uolls. Sekarang, Allah baru jentik sikit,!! habis melatah artis2 Malaysia. Sepatutnya, uolls bantulah kerajaan!! contohilah, sifat artis luar yang sudi membantu dan memberi dana kepada kerajaan. Tunjukkan sifat yang ada kualiti, yang boleh beri contoh yang baik kepada peminat2 uolls. Malu lah, bila tahap pemikiran dan kelakuan di letak pada aras yang rendah. Di Luar sana,  Ramai lagi Rakyat Malaysia yang hidup lebih susah "ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."  Tahap kesusahan mereka, sehinggakan nak pegang rm seribu pun susah. Inikan, pula nak bawa kereta-kereta mewah, keluar makan di kedai2 hipster. 

Jangan disebabkan kita hidup terlampau selesa, kita lupa ada yang lebih memerlukan.  Insha Allah percayalah dengan Allah S.W.T kerana ALLAH MAHA memberi. Setiap manusia, Pasti ada rezeki masing-masing. Sedangkan cacing pun boleh hidup dalam batu. Inikan, manusia yang bergelar artis, yang sentiasa ada followers. 


Syukur! Bersabar! bertolak ansur! Be a good people!
-Sekian-

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

No comments:

.