Saturday, December 31, 2011

Chef Wan Tutup Akaun Facebook 2012

Kerana Kecewa, Chef Wan Tutup Akaun Facebook 2012

Kerana kecewa dengan mentaliti segelintir peminat dan pihak-pihak tertentu yang bertelagah, mengutuk dan menghina sesama sendiri di akaun laman sosial Fan Page Facebook miliknya, Datuk Chef Wan memutuskan untuk menutup akaun tersebut menjelang tahun 2012. Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail keputusan itu dibuat demi kebaikan bersama memandangkan beliau mendakwa akaun tersebut telah disalahgunakan serta menjadi punca sikap hasad dengki dan ‘tikam belakang’ sesetengah pihak.

Chef Wan sering mencetus kontroversi dengan kritikan-kritikan pedasdi Facebooknya tentang pelbagai isu sama ada berkait rapat dengan industri hiburan tanahair mahupun mengenai gejala kurang sihat generasi muda yang gemar melepak membuang masa di kompleks membeli belah. Adlin Aman Ramli sebelum ini juga mengisytiharkan ‘perang Facebook’ terhadap Chef Wan setelah dikritik hebat oleh selebriti masakan itu terhadap persembahannya pada minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega (MLM) yang menyaksikan anak pelawak AR Tompel itu terkeluar dari saingan.

Di dalam satu wawancara bersama media baru-baru ini, Chef Wan menegaskan bahawa meskipun beliau agak tegas dan pedas dalam memberikan kritikan, namun ia dilakukan atas dasar rasa tanggungjawab serta penuh ikhlas untuk melihat perubahan terbaik untuk pihak yang dikritiknya. Bagaimanapun, difahamkan bahawa tindakannya mahu menutup akaun Facebook miliknya itu mendapat bantahan ramai memandangka ramai peminat yang gemar dan menyokong kritikan-kritikan beliau sebelum ini. Baca selanjutnya di mynewshub

No comments:

Blog Archive

.