Saturday, July 13, 2013

Cara-cara Buat Puding Trifle


Assalamualaikum, Semua!!

Di kesempatan ini, Saya sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramdhan dan Selamat Berpuasa Kepada semua umat islam di seluruh dunia. Al-hamdulilah, harini merupakan hari ke-4 kita berpuasa. Kepada yang tengah buntu, nak buat dessert untuk berbuka puasa nanti jangan risau!! Harini saya nak kongsikan satu resepi yang cukup istimewa iaitu PUDING TRIFLE, resepi ini saya ambil daripada BFF saya Hazlyza. Kalau nak tahu, BFF saya kalau bab buat dessert memang berkelas. 


Inilah Puding Trifle.. Puding Trifle boleh di hias dalam pelbagai cara, jadi terpulanglah kepada kekreatifan yang ada pada diri anda.. Kalau Tuan / Puan nak hasil yang lebih cantik, terpaksalah tuan dan puan berbelanja lebih.. Puding Trifle ini juga boleh di hias dengan Buah Kiwi, Buah strawbery dll. Okeylah selamat mencuba untuk semua.. Belum tu jangan lupa di mulakan dengan Bismillah...



Bahan-Bahan yang digunakan:
( bahan-bahan ni utk 2 adunan klu nak buat 1 adunan pandai2 la bahagi dua )

  • - 2 buku kek pandan (jenama first choice)
  • - 2 tin susu cair
  • - 400ml air
  • - 8 sudu besar tepung kastard (jenama nona)
  • - 12 sudu besar gula
  • - 4 sudu teh esen vanila
  • - 1 tin besar buah campur
  • - hiasan (1 tin buah peach & kiwi) terpulang nak hias guna buah apa pun
  • - 1 kotak jelly (jenama nona)

susun kek pandan yg dah dipotong seperti gambar di atas..
 renjis air buah campur td biar kek pandan tu lembab2..


lepastu taburkan buah campur ke atas kek pandan td..



campur ke semua susu cair, air, tepung kastard, gula dan esen vanila.. kacau sampai sebati sampai tepung kastard tak berketul2.. then, masak atas api sederhana.. kacau sampai agak2 nak pekat.. 

# jgn terlalu cair jgn terlalu pekat.. pandai2 la bajet..

letak kastard di atas buah campur tadi..

hias buah peach & kiwi..

lepas tu letak bancuhan jelly.. (cara2 nak bancuh jelly ada kat belakang kotak)

dah siap..!! letak dlm peti ais dulu lg sedap.. selamat mencuba..!!



# Dapatkan Lain-Lain Resepi Di sini#

2 comments:

Arnie said...

sunggug sedap dah try dah buat tp guna kek oren...

Shad said...

sedap2.. buddy shad pun pandai buat nie, sedap...

.