Saturday, December 31, 2011

Chef Wan Tutup Akaun Facebook 2012

Kerana Kecewa, Chef Wan Tutup Akaun Facebook 2012

Kerana kecewa dengan mentaliti segelintir peminat dan pihak-pihak tertentu yang bertelagah, mengutuk dan menghina sesama sendiri di akaun laman sosial Fan Page Facebook miliknya, Datuk Chef Wan memutuskan untuk menutup akaun tersebut menjelang tahun 2012. Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail keputusan itu dibuat demi kebaikan bersama memandangkan beliau mendakwa akaun tersebut telah disalahgunakan serta menjadi punca sikap hasad dengki dan ‘tikam belakang’ sesetengah pihak.

Chef Wan sering mencetus kontroversi dengan kritikan-kritikan pedasdi Facebooknya tentang pelbagai isu sama ada berkait rapat dengan industri hiburan tanahair mahupun mengenai gejala kurang sihat generasi muda yang gemar melepak membuang masa di kompleks membeli belah. Adlin Aman Ramli sebelum ini juga mengisytiharkan ‘perang Facebook’ terhadap Chef Wan setelah dikritik hebat oleh selebriti masakan itu terhadap persembahannya pada minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega (MLM) yang menyaksikan anak pelawak AR Tompel itu terkeluar dari saingan.

Di dalam satu wawancara bersama media baru-baru ini, Chef Wan menegaskan bahawa meskipun beliau agak tegas dan pedas dalam memberikan kritikan, namun ia dilakukan atas dasar rasa tanggungjawab serta penuh ikhlas untuk melihat perubahan terbaik untuk pihak yang dikritiknya. Bagaimanapun, difahamkan bahawa tindakannya mahu menutup akaun Facebook miliknya itu mendapat bantahan ramai memandangka ramai peminat yang gemar dan menyokong kritikan-kritikan beliau sebelum ini. Baca selanjutnya di mynewshub

[BOLA] Ricardo Kaka memeluk islam?

Al-hamdulilah syukur kepada Allah, 
sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.. 
Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran 3:19 yang bermaksud:
“ Sesungguhnya cara hidup yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam.”

Agama islam sudah cukup baik untuk kita, 
kenapa kita perlu agung2kan agama lain?
kenapa kita perlu ingat tarikh2 yg penting untuk agama lain?
contohnya seperti menyambutan  hari Valentine's Day,

sedangkan tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pun kita lupa
kita beria2 nak sambut tahun baru, tapi kenapa...
kita tak beria2 nak ambut tahun baru islam?

"Tepuk dada tanyalah selera"


tapi bukan itu yang nak di bicarakan oleh pihak mahligai..
pihak mahligai nak cerita pasai pemain bola sepak terkenal nie.. 
dengar khabar (Ricardo kaka Pemain Real Madrid) sudah memeluk islam
harap-harap pekabaran mengenai kaka memeluk islam,  adalah satu berita yang betul.. 
Nampaknya, bertambah lagi lah saudara baru kita..  Alhamdulilah..

   

iNi berita baru dan gambar baru.. Yang sedang Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam, Tak silap gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai.Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih. baca selanjutnya di gilerkentang

[BERITA] Tukar MyKad baru 3 Januari

Kad pengenalan baru dilengkapi perlindungan antisalinan elak pemalsuan

  

PUTRAJAYA: Orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk imej turisan laser dan cip tahan lasak, bermula 3 Januari ini. Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10. Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata MyKad baru itu diperkenalkan selepas jabatannya menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudah rosak dan mudah dipalsukan.

“Pemalsuan kad pengenalan boleh mengancam keselamatan negara. MyKad baru ini bukan saja tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan polikarbonat, malah ia mempunyai lebih banyak ciri keselamatan termasuk imej turisan laser pada permukaan kad dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan,” katanya pada sidang media memperkenalkan MyKad baru itu di sini, semalam. 

Berikutan itu, Jariah berkata, JPN berharap teknologi terbaru dibangunkan untuk kegunaan dokumen pengenalan diri di Malaysia akan menyukarkan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukan MyKad pada masa depan. Bagaimanapun, penggantian kepada MyKad baru tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi orang ramai digalakkan menggantikannya sebagai langkah keselamatan. 

“MyKad terbaru ini menepati piawaian antarabangsa, terutama dari segi spesifikasi ketebalan, panjang, lebar dan kedudukan cip pintar digunakan. Kita menetapkan standard lebih tinggi dari segi pengujian cip pintar dan keadaan fizikalnya,” katanya. 

Jariah berkata, cawangan JPN di negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).  JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari. BH

Jozan Menang Tanpa Bertanding di ML Mega

PENAMPILAN KHAS JOZAN
DI MAHARAJA LAWAK MEGA
( klakar kot, buat cek gelak terbahak2)
tambah2 time johan tiru gaya chef wan kehkeh



JUM MENONTON SAMA2

Maharaja Lawak Mega Final 2011 [ Full ]


Juara Maharaja Lawak Mega 2011 
= OSBON
Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2011 
= BOBOI
Tempat Ketiga Maharaja Lawak Mega 2011
 = SAEHU
Tempat Keempat Maharaja Lawak Mega 2011
 = SYOK



Tahniah diucapkan kepada para peserta Maharaja Lawak Mega 2011.. ^^




Aron Aziz Juri Jemputan Maharaja Lawak Mega 2011

   



 Maharaja Lawak Mega Akhir Saehu Part1 2011

   







Maharaja Lawak Mega Akhir Boboi Part2 2011

   






Maharaja Lawak Mega Akhir Osbon Part3 2011

   






Maharaja Lawak Mega Akhir Syok Part4 2011

 






PENAMPILAN KHAS JOZAN





PENGUMUMAN JUARA

Friday, December 30, 2011

[2012] Maklumat Mengenai MyKad Baru




”Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal mengeluarkan MyKad baru yang menambah pulih ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini”, kata Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.

Pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Feb ini. Ujar Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.

”Orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib”, Ujar Datuk Jariah lagi.

“MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

“Selain itu, MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku,” katanya pada sidang media di sini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Beliau berkata MyKad baru telah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang telah ditambahbaik.

Jariah berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Jan, Johor Bahru (14 Jan), Kuantan (15 Jan), Melaka (17 Jan), Kuching dan Kota Bharu (20 Jan), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Jan).

Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Feb, Miri (6 Feb), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Feb serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Feb.

“JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

“Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak,” katanya. — BERNAMA

Baca selanjutnya di penulissenja

Treat yourself to a new hair colour and hair treatment by professionals at #topnloving #milkdeal

Treat yourself to a new hair colour and hair treatment by professionals at #topnloving #milkdeal

Tuesday, December 27, 2011

Bila laman sosial mula bercerita tentang kelebihan masing2 , meh kita tengok sapa menang...

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .

GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .

MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .

IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !

INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?

FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!

YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling power

Monday, December 26, 2011

Cintailah aku dengan seadanya..


Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut.. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.

Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.

Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.
Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan… ….







Powered by Pesona Media

Friday, December 23, 2011

lagu It Will Rain by Bruno Mars , boleh bawa kita ke arah murtad ( for Muslims)



Dear Muslim Friends,

kalau dengar lagu It Will Rain by Bruno Mars , harap2 jangan ikut nyanyi sekali la ye, sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah murtad ( for Muslims) .
kalau boleh tak payah dengar langsung .

ni lirik nya :
There's no religion that could save me ( tiada agama yang boleh selamat kan aku )
No matter how long my knees are on the floor ( tak kira berapa lama melutut di lantai )

Jangan kita terleka..walaupon ia hanya sebuah lagu.. :)

copy n paste {AZ} , HZ

kisah sultan muhammad al-fatih



Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, 

"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW. 

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya. 




Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

Maklumat lain:



Sape kata jadi cikgu SENANG?


time pertandingan bola.. 
cikgu jd REFEREE..

time aktiviti KH.. 
cikgu jd PETANI..

 time kutip yuran.. 
cikgu jd AKAUNTAN..

time RMT.. 
cikgu jd PELAYAN..

time budak pecah kepala.. 
cikgu jd DOKTOR..

time ceramah.. 
cikgu jd MOTIVATOR..

time hias kelas.. 
cikgu jd PELUKIS SENI..

time persembahan hari guru.. 
cikgu jd PENYANYI..

time baiki kerusi rosak.. 
cikgu jd TUKANG KAYU..

time budak muntah dlm kelas.. 
cikgu jd TUKANG SAPU..

time budak mencuri.. 
cikgu jd DETEKTIF..

time perkhemahan.. 
cikgu jd MASTERCHEF..

time hari kantin.. 
cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..

time masuk waktu solat.. 
cikgu jd TOK IMAM..

time budak bergaduh.. 
cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..

time budak sakit kecemasan.. 
cikgu jd PEMANDU AMBULANS..

time merentas desa.. 
cikgu jd POLIS TRAFIK..

time budak sedih..
cikgu jd PELAWAK SARKIS..


kan dah cakap cikgu serba boleh... ^_^
hehehehehehehe


Wednesday, December 21, 2011

DEBARAN KEPUTUSAN PMR


Filem Yang Ditunggu² ESOK !

Filem.
RESULT PMR 2011

Genre.
SERAM SEJUK

Tarikh tayangan
22 DECEMBER 2011

Penerbit filem
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tiket
FREE ( TINGKATAN 3 SAHAJA )

Arahan
GURU SEKOLAH DAN YANG TERLIBAT

Tempat tayangan
SELURUH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR MALAYSIA




sinopsis::

ESok merupakan hari penetuan bagi segala penat lelah adik2 yang  telah menggambil ujian PMR... pasti sekarang jantung mereka semua tengah berdegup kencang, seperti angin ribut " dupp..daap..dupp..dapp.." harap2 pada pagi esok tiada hujan lebat yang akan menggalir di kelopak mata mereka kerana kegagalan mendapat A . Semoga, pada hari esok kita hanya akan melihat mutiara2 putih yang akan mengalir kerana kegembiraan ( ehh apa yg aku melalut jauh ni huhuhu)

okeylah, dipendek kan cerita esok 22-12-2011,  keputusan PMR akan keluar..
huh adakah prestasi pelajar2 sekarang makin meningkat? 
atau adakah prestasi mereka akan menurun?
jawapannya kita tunggu es0k sajalah ye..






tahniah kepada yang berjaya
yang tak berjaya jangan mudah putus asa
kerana hari esok masih lagi ada 
dan SPM akan menanti anda..
masa SPM nnt buat yg 
TERBAIK ok





[GAMBAR] Wang kertas baru







RM 20 hinggit.. pasni takyahlah susah2 nak tambah RM 10+10 untuk jadikan RM20 hinggit HEHEHE..





aik gambar duit syiling pun ada:::






sumber: amazingnara


Saturday, December 17, 2011

KENALI DIRI DENGAN LEBIH MENDALAM IKUT HARI BULAN TARIKH LAHIR

*Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1 
*Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2 
*Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3 
*Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4 
*Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,anda adalah no.5 
*Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6 
*Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7 
*Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8 
*Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9 

NO.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8. 

NO.2 —- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9. 

NO.3 —- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9. 

NO.4 —- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8. 

NO.5 —- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9. 

NO.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9. 

NO.7 —- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2. 

NO.8 —- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4. 

NO.9 —- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang

Wednesday, December 14, 2011

TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...


> 1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
> Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....
>
... > 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
> Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa
>
> 3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
> Answer: Kuih salah bikin.
>
> 4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
> Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.
>
> 5) Siape yang menemukan dompet kulit?
> Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.
>
> 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
> Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'
>
> 8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
> Answer: Pembohong...
>
> 9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
> Answer: Usus
>
> 10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
> Answer: Kutu rambut 
>
> > 11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
> Answer: Neneknye si katak
>
> 12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
> Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'
>
> 13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
> Answer:Sekretari baik..................'Selamat pagi Boss'
> Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni Boss'
>
> 14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
> Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh
>
> 15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
> Answer: Tukang gali kubur
>
> 16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
> Answer: Tahi hidung
>
> 17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
> Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
>
> 18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
> Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile
> ape...
>
> 19) Gajah terbang dengan ape?
> Answer: Dengan susah payah......
>
> 20)kenapa anak babi jln tunduk?
> Answer: sebab die tau bapak die babi...

Sunday, December 11, 2011

[GAMBAR] PERNIKAHAN ANA DAHLIA DAN CHEF RIZ




PERAK: Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang. Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim. Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.


Saturday, December 10, 2011

Yusri & Lisa kawin 25 Feb 2012?

Yusri & Lisa “Wedding Of The Year” Pada 25 Feb 2012?

KUALA LUMPUR – Kecoh di blog-blog hiburan tempatan menyatakan bahawa satu perkahwinan besar-besaran yang diberi jolokan “wedding of the year” bakal diadakan pada bulan February 2012 dan dikaitkan dengan pasangan Yusri KRU – Lisa Surihani.

Sebuah blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, memberitahu peminat bahawa Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah ditempah pada Februari depan untuk majlis perkahwinan pasangan sensasi tersebut.

“Beberapa hari lalu seorang yang memang rapat dengan industri hiburan memberitahu yang Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah di’tempah pada Februari 2012 untuk majlis perkahwinan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU,” kata pemilik Rotikaya.com.

Selain itu, blog hiburan Gua.com.my terjumpa sehelai kertas “recycle” yang mengandungi perancangan majlis perkahwinan paling gah yang dikatakan akan berlangsung pada bulan yang sama tahun depan, bertempat di kawasan sekitar pusat penyiaran Astro.

Sebelum ini, timbul juga gosip panas yang mendakwa syarikat penyiaran Astro telah berusaha membeli dan mendapatkan hak penyiaran eksklusif untuk majlis perkahwinan Yusri KRU – Lisa Surihani itu.

Selain itu, heboh juga di laman sosial Twitter yang menyatakan secara lengkap mengenai tarikh perkahwinan Yusri dan Lisa Surihani yang akan dilangsungkan pada 25 Februari 2012.

Bagaimanapun, Lisa Surihani, 25, yang dihubungi media baru-baru ini enggan memberikan sebarang komen mengenai desas-desus itu dan menyerahkan kepada ‘pihak lelaki’ untuk menjawab dakwaan tersebut terlebih dahulu.

Yusri, 38, pernah melangsungkan perkahwinan pertamanya dengan diva popular tanahair, Erra Fazira, pada tahun 2003 secara besar-besaran berkonsepkan ‘perkahwinan dalam taman’ yang dihadiri oleh ribuan peminat di Taman Tasik Permaisuri dan dianggap sebagai “wedding of the year”.

Bagaimanapun, jodoh di antara Yusri dan Erra disahkan berakhir pada 14 Jun 2006 apabila anggota kumpulan KRU itu mengaku melafazkan talak satu terhadap isterinya pada 26 April tahun itu di kediaman mereka.

Yusri yang juga merupakan salah seorang jutawan dan pemilik KRU Studios itu dikatakan mengaku menjalinkan hubungan dengan Lisa Surihani, baru-baru ini setelah menduda lebih lima tahun.


CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN


kepada sesiapa yang belum pernah melihat 
Kejadian fonomena Gerhana Bulan Penuh,
JANGAN LUPA, MALAM INI 10/12/11
pada sekitar jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam,
 ianya akan berlangsung lebih kurang  selama 48 minit.

kepada yang tak uzur tu, jomlah kita pakat2
melakukan solat sunat gerhana bulan
kalau tak tahu bagai mana caranya
bacalah note di bawah ini
insyaAllah sikit sebanyak
dpt membantu anda

sila klik di bwh  ini: untuk rujukkan
Note penting 1
kalau tak faham yang 1, anda boleh baca:
Note penting 2



Thursday, December 8, 2011

Muat Turun Ombak Rindu (HD) Full movie



filem yang tengah hot 
dan skrng kutipan filem mencecah hampir 5 juta.. 
jum pakat2 download... 
perhikmatan download percuma .. 
enjoy ^__^





ombakrindu-hd.blogspot.com









p/s :::: orang yang sihat tubuh badan jer boleh download  movie nie
yang rasa tak sihat g lah rehat2 ..

Wednesday, December 7, 2011

[NEW INFO] Kutipan Ombak Rindu sudah 5.2million!!!!

tadi masa sy bukak twitter, ternampak pulak status pelakon terkenal malaysia @Aaron535Aziz.. Statusnya berkenaan filem Ombak rindu yang semakin hangat di  tayangkan di pawagam-pawagam seluruh malaysia.. kata Aaron Aziz di twitter-nya kutipan filem ombak rindu sekarang sudah mencecah 5.3 million... fuhhhh, nampaknya, ombak rindu semakin mendapat sambutan yang hangat. 

Untuk pengetahuan semua, Ombak Rindu di tayangkan sejak Khamis lalu, filem adaptasi novel nukilan Fauziah Ashari, mencatat sejarah apabila kutipan tiket hari pertamanya mencecah RM750,000. S0, tak heranlah kalau kutipan hari ini dah mencecah ke 5.2 million...Apa-apa pun, tahniahlah yerr utk kru2 yang terlibat...



Sinopsis Filem Ombak Rindu::

IZZAH, Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan 
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Monday, December 5, 2011

[VIDEO] EMAK MENGAKU BERZINA DENGAN ANAK SENDIRI

VIDEO EMAK MENGAKU BERZINA DENGAN ANAK SENDIRI | INDONESIA RAYA |

Astagfirullah Halazim. Satu program bual bicara Indonesia “d”Show dengan tajuk perbincangan “Aku dipaksa melayan keinginan ibuku sendiri”. Memaparkan pengakuan ibu dan anak yang ditemu bual pengacara dan penonton yang benar-benar memualkan seolah-olah boleh menerima perkara tersebut berlaku dan seolah-olah ianya adalah sesuatu yang lucu. Ada juga yang membidas tapi hanya sekadar bertanyakan soalan. Alasan ibu hanya kerana rindukan mantan suami yang telah meninggal. Memang tak masuk akal!!!  Sumber di sini.....









SEKADAR RENUNGAN::

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah


Friday, November 18, 2011

Lelaki 20 Tahun Rogol Bayi Umur 20 Bulan


Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.

Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama. Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.

“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.

“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.


“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ,” katanya.
Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.


Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya. Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama.

“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya enggan mengulas lanjut.


sumber

Thursday, November 17, 2011

Semakan Keputusan UPSR 2011 Melalui SMS


perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS 15888 
akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November.





Berikut adalah senarai murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2011 :

1- Lola Hola ( kelantan )
2- Casa Blanca ( kelantan )
3- Nur Ain Hidayah ( selangor )
4- Hidayah Zawarni ( terangganu )
5- Shazana Halim<-Ehh name sy pun tersenarai jgk keh3 (nmpak benar nipunya)
6- AniEs NaDia ( kedah ) 
7- Azza Nor ( johor )
8- Nor Hafiza Hafiza (perak)
9- Nurul Atikah Zulkefle ( selangor ) 
10-Cik Hida ( pahang )

* tak sia2 kita belajar bersungguh2, betul tak kawan2 ???
lepas nie kita apply MRSM sama2 ye LOL...





Blog Archive

.