Saturday, May 14, 2011

cara untuk mendidik personaliti anak-anak

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan
pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik
buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia
ialahSHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir
menggunakan otak kanan yang
diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif
berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap
untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan
di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding
kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu
mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan
serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa
dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa
seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan
keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap
padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia
budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan
sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang
bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas
hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka
sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan
badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba
pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun
pagi.Insya-Allah menjadi.


2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna
kad dalam masa
seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja
perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan
tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka
cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan
bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat
atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .



3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak

anda main tanah

liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan

sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan
anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis
gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh
anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu
lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda
kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana
mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja
tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan
semuanya dalam otak
kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke
cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka
dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula
cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan
mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan
kemudian suruh
mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka
pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti
memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh
bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian
kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk
mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak
dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak
perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang
benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan
kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap
dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di
antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga
memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa
yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba
ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud
anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan
bising ” .

No comments:

.