Thursday, July 4, 2013

Selangkah Ke Usm..

(Gambar Kenangan)


Harini tak tahu nak tulis entri pasal apa, rasanya macam dah ketandusan Idea nak mengarang... Tiba2 terjumpalah pulak foto atas ni. So, kali nie nak nak buat entri.. Nak, cerita pasal pengalaman dapat masuk belajar kat USM.. Kepada pelajar2 USM atau bekas pelajar2 USM, mesti anda pernah mengalami pengalaman yang sama kan? So, Jom kita kongsi pengalaman kita dengan adik2 yang ingin  belajar di Universiti Sains Malaysia.

Untuk melayakkan diri menjadi Student Universiti APEX,  Syarat Pertama untuk masuk belajar di USM, adik-adik mesti beli No Pin USM, (Adik2 boleh beli no pin ni di Bank BSN) Selepas adik-adik mengisi borang permohonan di laman web USM, kepada adik2 yang layak dan menepati syarat, akan di panggil oleh USM untuk menduduki ujian MunSyi . Kalau adik2 nak tahu apa itu ujian MunSyi, adik2 boleh lah klik [SINI].  ( Tapi Akak, tak pasti sama ada sekarang ni, ujian Munsyi masih ada atau telah di mansuhkan.)

Kemudian selepas adik2 berjaya menduduki ujian MunSyi. Adik2 akan di panggil untuk Temuduga (Temuduga ni, di tawarkan untuk khursus2 tertentu saja ) Selepas adik2, lulus temuduga barulah adik2 akan di tawarkan untuk belajar di USM.

# Kepada adik2 yang teringin sangat nak belajar di Universiti Apex (USM),  teruskan azam, tinggkatan usaha dan semangat... InsyAllah, ada rezeki jumpalah kita di USM,  Okey ini jelah entri untuk kali ini, tunggu sambungannya nanti.... Gudluck ye adik2... 

1 comment:

Anonymous said...

Lepasan spm boleh masuk ke kat USM ni?

.