Saturday, August 6, 2011

Cakap Tarawih tapi merempit

2011/08/06

KOTA BHARU: Dengan berkain pelekat dan berbaju Melayu, ia sudah cukup untuk remaja memberi alasan kuat kepada ibu bapa untuk keluar solat Tarawih, namun hakikatnya, mereka mengambil kesempatan itu untuk merempit di sekitar jalan di bandar ini. 

Dalam dua operasi berasingan yang dilakukan ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kemumin, dekat Pengkalan Chepa semalam, kira-kira 40 remaja ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti merempit, tidak memakai topi keledar, tidak memiliki lesen dan kenderaan tamat cukai jalan.
Inspektor Penguasa Trafik IPK, Cif Inspektor Mohammad Azmihrul Mokti, berkata remaja terbabit dikatakan mengambil kesempatan untuk keluar malam dengan memberi alasan kepada ibu bapa hendak menunaikan solat Tarawih, namun digunakan untuk merempit.

“Polis akan terus melakukan operasi membanteras kegiatan merempit ini sepanjang Ramadan dengan memberikan tumpuan terhadap beberapa kawasan di sekitar bandar ini yang dikenal pasti menjadi tumpuan mat rempit terbabit,” katanya. 

Mohammad Azmihrul berkata, melalui pemantauan yang dilakukan, lebih 100 penunggang motosikal termasuk remaja dikenalpasti melakukan kegiatan merempit ini bermula seawal jam 8 malam hingga ke subuh. 

Beliau berkata, dalam operasi pertama malam kelmarin yang bermula jam 10.30 malam hingga 11 malam di Kemumin, dekat sini, polis menahan 27 motosikal dan mengeluarkan 29 saman, membabitkan 67 kes termasuk menahan seorang remaja yang didapati positif dadah.

sumber: beritaharian

No comments:

Blog Archive

.