Erin Malek
Nama Penuh : Nur Arina Binti Abd Malek
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon
Antara Lakonannya:
2008 : Congkak - (Pelakon Utama)
Anugerah (Pencalonan) 2008 :
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Panas sekejap dunia hiburan kita bila seorang artis remaja perempuan dengan berani mendedahkan isu dirinya bertatu di badan dan bertindik di lidah! Alasan yang diberikan ialah mahu mencuba dan mohon tidak disalahertikan oleh masyarakat yang sememangnya sensitif dengan isu sebegini.
Ironinya, isu bertatu dan bertindik memanglah dah jadi isu lapuk terutama bagi golongan yang tahap pergaulan mereka ini sedikit bebas dan gemar bersosial. Masyarakat selalunya tak akan ‘amek port’ kalau yang berkelakuan sedemikian ialah mereka yang bukan berlatar belakangkan bangsa Melayu dan beragama Islam.
Namun yang menjadi buah mulut dan timbul rasa kurang senang ialah ia dilakukan oleh artis remaja Islam kita. Apa hebatnya bertindik lidah dan bertatu serta menayangkannya kepada masyarakat umum? Apa sebenarnya yang cuba ingin ditonjolkan oleh empunya diri?
Apabila ditanya sama ada tatoo yang ada di badannya boleh kelihatan di badannya kalau memakai T-Shirt, ini jawapan Erin Malek.
Mana ada orang buat buat tatoo tak bagi orang nampak. Saya buat tatoo mesti nak bagi orang tengok. Kalau buat tatoo tak bagi orang nampak buat apa buat tatoo.
sebelum tu kita baca dulu hadis ni:
firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ اْلأَنْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللهِ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُوْنِ اللهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِيْنًا
“Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan setan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.” (An-Nisa`: 119)
sumber:
No comments:
Post a Comment