Tuesday, August 9, 2011

curahan hati dari Ex-tunang Khairul Fahmi (penjaga gol malaysia)



Elia Ex Khairul Fahmi ( Penjaga gol Malaysia )
Sudah kembali aktif  di dalam dunia blog
TAHNIAH buat beliau !!!!
 kerana mampu melawan kesedihan yang menimpa dirinya

tadi masa ana blog working di 
ana ada terjumpa entri Elia pasal kes pertunangan dia ngan KF

TAJUK ENTRI DIA KALI INI IALAH: 

Sudah Tersurat. Aku Redha 

Tuesday, August 9, 2011


Bismillahirrahmannirrahim....

Salam semua.. firstly elia nak minta maaf kalau dah lama tak meng-update blog kesayangan hamba ni. Bukan apa, saya ada beberapa exam atau test2 penting yang perlu diutamakan. Dah berminggu-minggu jugaklah tak online. Saja meng-away-kan diri dari dunia luar untuk dapatkan ketenangan dan focus. Yelah kebetulan ketika dugaan berat menimpa ni, ada berlambak pulak quiz dan test2 penting untuk dihadap. So, nak tak nak kenalah dahulukan yang penting dulu ye dop?

Ya Allah.. peritnya nak buat entry kali ni.. entry yang paling perit pernah saya karang. Setiap jari jemari ini menaip, setiap kali itu saya cuba menahan sebak di dada dan takungan air di kelopak mata ni. Perit.. cukup perit hanya Tuhan yang tahu. Namun saya kena kuatkan diri menaip entry ini dan sekaligus beritahu kepada semua orang. Kawan-kawan sekolah, rakan-rakan baik, rakan cyber dan semua yang mengenali diri ni.

Seperti yang anda sedia maklum, saya dan MIA (mungkin ini kali terakhir akan guna this nickname dalam blog ni) dah putus tunang. Walaupun belum secara officially mengikut adat, but hakikatnya memang bagi saya kami dah tak ada apa-apa hubungan. Perkara yang saya lalui ni sangat perit dan bukan perkara kecil. Sepanjang hidup selama 22 tahun ni, ini merupakan dugaan terbesar yang pernah saya tempuh. Siapa yang tak sedih bila baru 2 bulan mengecapi kebahagiaan bergelar tunangan orang dan tak sampai 4 bulan lagi kami bakal menjengah ke alam perkahwinan, namun impian itu terputus di tengah jalan dan tak berakhir dengan cara yang diharapkan.


Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love.


Seperti yang pernah saya sebut sebelum ni, dugaan yang menimpa diri ini memang diakui dugaan yang terbesar pernah saya tempuhi sepanjang usia 22 tahun ni. Terlalu banyak kesakitan dan keperitan yang terpaksa dilalui dalam masa sebulan ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. dikhianati, ditipu, difitnah, dihina, dikeji, dipandang serong dan macam-macam lagi terpaksa saya telan walau sepahit hempedu.


Namun, disebalik segala kedukaan ini saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi ujian sebegini.Setelah melakukan solat istiqharah dan beberapa solat hajat, akhirnya Engkau beri petunjuk dan membuka “hijab” yg selama ini tertutup. Alhamdulillah kerana telah memilih hambamu yang serba kekurangan ini untuk diuji dan diberi petunjuk. Dan dengan ujian ini telah menjadikan saya lebih kuat dan tabah dari hari-hari sebelum. Saya yakin ada hikmah disebalik segala kejadian ni. Kebenaran itu walau pahit dan sukar diterima namun itu semua ketentuanMu. takdirMu ku terima dengan hati yang terbuka. Aku redha dengan segala yang telah Kau rancangkan ke atasku.


Selain itu, saya nak panjangkan ucapan terima kasih kepadakeluarga tersayang yang telah banyak memberi sokongan sepanjang saya melalui frasa yang sukar ini. Terima kasih di atas doa dan nasihat yang tak putus-putus. Saya bersyukur sangat sebab ada keluarga yang sangat memahami dan mengambil berat soal diri ni. They've been by my side the whole time. Without them, i don’t know what would happen to me. Walaupon ada segelintir yang kurang berpuas hati dengan cara mereka meluahkan perasaan tapi pernah tak korang cuba letakkan diri korang di tempat mereka? Jika darah daging kamu sendiri disakiti, adakah kamu akan berdiam diri? I don’t know about u but other people have different ways of dealing things. So i would pretty much appreciate it if you guys berhentilah mengata atau menghina keluarga saya. Tapi if korang nak mengutuk juga terpulanglah. Kubur masing-masing, dosa tanggung sendiri ye dop?


Sekalung ucapan jutaan terima kasih buat rakan-rakan rapat yang caring about my situation and condition. Kalau nak sebut satu-satu memang sampai esok pon tak habis. Ramai sangat. Terkejut bila buka inbox penuh dengan messages dari anda semua. Ada yang short and simple ada yang panjang macam cerpen pon ada. Ketahuilah anda semua bahawa saya telah membaca setiap coretan anda. Terharu yang tak terhingga sampai ada yang buat saya menitiskan air mata membacanya. Ada yang bagi kata-kata semangat, tips, keratan doa untuk diamalkan, ada yang kongsi pengalaman dan banyak juga yang memberi nasihat dan teguran berguna. Terima kasih yang tak terhingga Elia ucapkan kat anda semua. Kakak,abang,adik,aunty and uncle semua. Kata-kata korang sedikit sebanyak telah menguatkan elia dan buat saya tabah dan redha dengan segala ketentuan ini. Maaf sangat kalau saya tak dapat nak balas semua msg korang sebab terlalu banyak. Tapi ketahuilah semua bahawa saya hargai setiap satu coretan korang. Kalau boleh saya nak peluk korang semua (perempuan je la ye..laki2 jgn nak gataii)..betapa korang berjaya menyentuh hati elia. Sayang korang semua tau!

Tak lupa juga buat Haterz dan mereka-mereka yang menangguk di air yang keruh diluar sana, yang tak putus2 menabur kata-kata kesat, fitnah, sindiran dan kutukan kepada saya atau orang disekeliling saya. Terima kasih juga pada anda sebab anda telah membuat Elia makin kuat dan tabah dalam menempuhi dugaan hidup. U guys make me even stronger than ever! Alhamdulillah dan terima kasih sebab menambahkan pahala amalan saya di bulan yang mulia ini. Segala kata-kata anda saya balas dengan senyuman dan ungkapan “Alhamdulillah”. that is what my mum always taught me when ppl say bad things about us.

Saya berharap segala kedukaan ni akan hilang dan Allah akan gantikan dengan keceriaan di masa yang akan datang, insyallah. Elia juga doakan semoga anda semua tidak akan melalui pengalaman yang sama seperti saya kerana percayalah, apa yang saya terpaksa lalui ni terlalu perit dan sadis. I wish none of you have to face this kind of situation in the future.

::pic pada awal Ramadhan tahun lalu::

Setelah insiden putus tunang ni ada beberapa persoalan berkaitan blog yang diajukan kepada saya. so inilah jawapannya.

Adakah lepas ni Elia akan delete je ke blog ni? Yelah.. kan awk dah takde pape dgn your “MIA”
Owhh...NO NO NO.. i wont delete my blog semata-mata pasal perkara ni. Berdirinya blog ini pon loong before i met him(if u read my entries dari awal u'll know)so blog ni wujud bukan kerana dia dan ia tetap akan hidup without him. Saya akan tetap menulis macam biasa cuma mungkin dah takdelah cerita “Lovey Dovey” dah lepas ni. Mungkin pasal benda lain. I got so many plans for my blog and my future and im not going to jeopardise it just because of him. That is so not worth it. So for my faithful readers, stay tuned k darlings?

So Elia akan delete ke semua entry lama yang berkaitan dengan KFCM tu?
Buat masa ni tak. Biar je. Bagi saya my blog is like my diary. So takkan setiap kali kita putus cinta kita akan koyakkan every piece of sheets yang ada cerita about your ex? Everybody make mistakes and we learn from it. Banyak iktibar yang boleh diambil dari pengalaman kita yang lampau. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan k? But in the future kalau ada certain situation dimana saya kena delete atau hide post2 lama tu maybe i will do it. Manalah tau bf baru nanti jeles ke apa. Kenalah jaga hatinye..ye dop?huhu..

Allaaa.. kita follow blog ni sebab KFCM je.. so skrg macam mana?
Ok saya tak pernah memaksa orang untuk buka, baca dan follow my blog. Jika korang rasa dah tak berminat nak baca coretan blog jejariruncing ni lagi, i have no objection if you guys nak unfollow my blog ni. You guys are free to follow and unfollow anytime ;)


Kalau dulu elia duk canang cerita “how I met My Incik Apex” now citelah camne clash pulak!
Haaaipp... ishk3.. memang saya akui banyak bercerita tentang my bf. But who doesn’t? Cuma kebetulan mine was someone famous so benda ni jadi issue. Yes saya selalu bercerita dan share aktiviti harian dekat blog, Tapi anda perlu tahu bahawe tidak 100% cerita akan saya share. Nak di kata kan baru 40% je yang saya cerita.. Banyak lagi yang anda semua tak tahu. Dan tak perlu lah anda tahu…Masalah personal bukan untuk ditayangkan disini. Kami sama macam pasangan yang lain juga.But tak bermaksud bila dah putus saya nak cerita semua keburukan yang dia dah pernah buat. Lagi lagi kalau orang itu insan yang tersayang. I wont! Biarlah blog ni kita cerita yang baik-baik je ok?


Menyesal tak tunang awal ni? Rasanya kalau korang kawin terus mesti tak jadi camni.
Siapa kita untuk melawan takdir? Terus terang saya tak menyesal pun tunang sebab sebelum ni pon ada orang tua2 kata masa tempoh tunang ni lah macam-macam dugaan datang dan masa ni kita akan dapat lihat karakter ‘sebenar’ pasangan kita. Bagi pasangan yang akan bertunang atau baru bertunang jangan takut. Masa tempoh ni korang kena dekatkan diri dengan Allah, kalau boleh buat solat istiqarah untuk petunjuk tentang jodoh yang terbaik untuk kamu. Insyallah kamu akan dapat petunjuk. Sepanjang tempoh bertunang dan berkenalan dengan bekas tunang pon saya dah buat dan berikan sehabis baik untuk hubungan kami. So walaupun tak menjadi, tiada sebarang penyesalan sebab kita dah buat yang terbaik.

So apa plan Elia lepas ni?
Hm... plan banyak.. masa duk meng-away-kan diri ada juga saya bermuhasabah diri dan ada a few things that i would like to improve and take into consideration. Apa tu biarlah rahsia. Just wait and see k? ;D


Uishh.. dalam perit tak perit pon leh tahan panjang gak entry kali ni. Maaflah kalau telah membazir masa korang baca entry ni. So setelah diterangkan panjang lebar, harap lepas ni dah tak nak dengar dah pasal benda ni. Terima kasih sekali lagi pada yang rajin hantar message kt facebook or twitter dan juga komen kat blog. Terima kasih juga buat anda yang mendoakan kebahagiaan saya dan MIA. Dan diharapkan anda tak berhenti mendoakan kebahagiaan kami. Sama ada kami akan kembali bersama atau berpisah untuk selamanya, itu semua terpulang kepada Allah SWT. He knows the best for us. Insyallah, di hari baik bulan baik ni Allah banyak bagi petunjuk. Syukur Alhamdulillah. Saya yakin, ada seribu rahmat dan hikmah di sebalik semua ini. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua ;)


petikkan di atas di ambil dari blog Elia

kalau nak baca lebih lanjut jom singgah blog si Elia ni:


P/S:: hidup mana yang tidak di
landa kedukaan.. betul tak?
rasanya semua orang penah ada masalah...
cuma situasinya saja berbeza
apa2 pun tempuhilah dengan sabar

No comments:

Blog Archive

.