Setelah isteri Jimmy Shanley, Suhaila memberi kenyataan baru-baru ini, ramai pihak yang menunggu kenyataan media Jimmy Shanley. Namun begitu Jimmy nampaknya telah membuat satu keputusan yang bijak. Menurut GUA, Jimmy hanya akan memberikan kenyataan di mahkamah kelak.
Berikut ialah kata-kata Jimmy Shanley berhubung hal ini:-
Kita kena tunggu di mahkamah. Ini kerana apabila saya membuka mulut kepada media ada individu tertentu mengaitkan saya dengan publisiti murahan. Saya terpaksa menjawab persoalan media kerana itu tanggungjawab saya sebagai personaliti yang menjadi hak milik masyarakat. Lebih baik saya diam sekarang dari dituduh cuba untuk meraih simpati dan saya hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Saya tidak cakap kosong kerana setiap apa yang perkatakan dibantu dengan bukti-bukti yang kukuh. Saya akan berdiam sehingga di mahkamah kelak.
Sempena Ramadhan yang penuh barkah ini, Admin berdoa agar Jimmy dan isteri menemui kembali titik perdamaian antara mereka berdua. Mungkin kedua-duanya perlu fikirkan masa depan anak mereka. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Banyak-banyakkanlah berdoa di bulan Ramadhan ini.
Secara ikhlas, Admin berharap sangat agar perkahwinan Jimmy dan Suhaila tidak berakhir dengan penceraian. Insya-Allah.
sumber:: itsmesaiful.
No comments:
Post a Comment