Thursday, August 11, 2011

Ayah hilang, mati dalam kereta....


SUMBER::



BUNGKUS...anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.
                                    BUNGKUS...anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.


KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor pengubahsuaian bangunan yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin ditemui mati dalam keretanya dengan kesan darah pada hidung selain mayatnya berbau di hadapan kilang pemasangan permotoran Tan Chong Motor di Jalan Segambut, di sini, semalam.
Mangsa, Lum Kok Wah, 56, ditemui seorang pengawal kilang berkenaan kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri atas tempat duduk yang direbahkan.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pengawal terbabit yang gagal mengejutkan mangsa kemudian menghubungi polis.


“Siasatan mendapati keempat-empat pintu kereta Proton Iswara milik mangsa tidak berkunci dan barang berharga seperti telefon bimbit serta dompet masih ada pada mangsa.


“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.



Menurutnya, setakat ini, punca kematian belum diperoleh, namun kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Sementara itu, anak lelaki mangsa, Lum Wing Kit, 25, berkata, bapanya tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin.


Katanya, bapanya juga mempunyai masalah jantung.

No comments:

Blog Archive

.