Satu persatu kontroversi melanda Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18). Selepas tidak bersetuju dengan senarai pencalonan akhir serta isu kewarganegaraan yang dipersoalkan, terbaru AIM 18 khabarnya akan diboikot oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pencalonan baru yang dibuat oleh pihak penganjur itu. Berikut merupakan reaksi dua Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM 18 iaitu Encik Adrian Lim dan Encik Rosmin Hashim mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
“Sejak minggu lepas lagi saya dah dengar isu ini. Bila pihak media tanya mengenai isu ini, saya agak terkejut. Tak sangka isu ini akan tersebar dengan meluas. Saya pasti ini adalah khabar angin semata-mata. Saya tak nampak apa yang perlu diboikotkan. Adakah mereka tak setuju dengan proses penjurian, kriteria untuk pencalonan atau isu kerakyatan?
“Saya tak nampak di mana relevannya mereka nak boikot anugerah yang menghargai karyawan-karyawan tempatan ini. Bagi saya, tiap-tiap tahun pasti ada yang tidak puas hati. Saya tahu siapa yang terlibat tapi tak perlu nak diperbesarkan. Ini tahun pertama RIM anjur 100% AIM, sebab itu banyak perubahan. Walaupun ada yang boikot, ia tak halang kami untuk teruskan majlis anugerah ini,” ujar Adrian Lim ketika ditemui pada sidang media pengumuman hos, barisan penyampai dan artis persembahan AIM 18 di Hotel Royale Chulan, petang semalam.baca selanjutnya...
No comments:
Post a Comment