Friday, October 21, 2011

[ARTIS] Artis 'YouTube' Amerika Serikan AIM18


Greyson Chance. Foto Getty Images




KUALA LUMPUR: Penyanyi muda yang dicungkil bakatnya dari YouTube berasal dari Amerika Syarikat, Greyson Chance akan bergandingan dengan penyanyi tempatan Najwa Latif dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) pada 12 November depan. Selain Greyson dan Najwa Latif sebagai penampilan khas, malam AIM18 turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis terkenal tempatan seperti Mawi dan Akhil Hayy, Hafiz AF7, Stacy, Meet Uncle Hussain, Hazama, 6ixth Sense, Rahmad dan Zamani Slam.Manakala penyampai anugerah terdiri daripada Kumpulan Search, Ziana Zain, Fauziah Latif, Remy Ishak, Datuk M.Nasir, Zainal Abidin, Tony Eusoff, Nora, Sarimah Ibrahim, Ramlah Ram dan Syamsul Yusof.

Majlis bertemakan Bergemerlapan dan Glamor itu akan dikendalikan oleh pengacara A.C Mizal dan Zizan Razak, sementara Awal Ashaari dan pelakon Diana Danielle akan mengendalikan sesi karpet biru. Menurut Adrian, pemilihan barisan artis baru dan lama mampu memberi daya tarikan kepada setiap golongan yang menonton AIM18 dan secara tidak langsung mengimbau kenangan lalu.

"Kami sengaja menampilkan artis era 80an kerana melihat permintaan terhadap lagu-lagu 80an tinggi dan sering dimainkan semula di radio-radio tempatan."Dalam pada itu kami dapat melihat transisi atau perubahan industri muzik tempatan dari dahulu hingga kini," jelasnya. Sumber

No comments:

Blog Archive

.