PETALING JAYA: Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) akan mengadakan sidang media tergempar berikutan isu pensyarah Fakulti Undang-undangya, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang dikenakan surat tunjuk sebab ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini.
Sidang media tersebut akan diadakan di pejabat Rektornya dan dipengerusikan oleh Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin di kampus induk UIAM di Gombak pada pukul 12.30 tengah hari Jumaat. Isu penggantungan tugas Abdul Aziz mula timbul selepas beliau dikenakan surat tunjuk sebab atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti. Difahamkan surat berkenaan telah dikeluarkan oleh unit undang-undang UIAM Rabu lalu dan Abdul Aziz diberi tempoh sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab surat berkenaan.
Sementara itu, peguam pakar perlembagaan itu, Dr Dzukarnain Lukman pula mendakwa, Abdul Aziz bukan sahaja dikenakan surat tunjuk sebab malah beliau turut digantung tugas. Sepanjang tempoh tersebut beliau tidak dibenarkan berada di UIAM, berhubung dengan mana-mana kakitangan atau pihak yang ada kepentingan dengan universiti berkenaan. Media sebelum ini melaporkan Abdul Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. Ekoran tindakannya itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya dan bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor turut menggesa supaya Abdul Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan. Pada Rabu, pensyarah kanan UIAM itu telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pergi ke pejabat Abdul Aziz Isnin lalu untuk merekodkan kenyataan berhubung isu yang sama. SUMBER
No comments:
Post a Comment