Sunday, October 2, 2011

[ARTIS] Tok Kadi Lawak Macam Nabil



Pasangan pengantin baru, Nabil Ahmad dan Nazirah Ayub baru saja melangsungkan majlis akad nikah mereka, petang Jumaat lalu. Berlangsung dengan penuh meriah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin jam 5.15 petang, Nabil sah menjadi suami kepada bekas pramugari Air Asia itu dengan dua kali lafaz. Ikuti corat-coret di sebalik majlis pernikahan mereka yang sempat GUA rangkumkan untuk anda semua.


1. Majlis yang sepatutnya berlangsung selepas sembahyang Jumaat, iaitu jam 3.30 petang terpaksa ditunda selepas solat Asar kerana risau majlis akad nikah tersebut akan bertembung dengan waktu solat.

2. Sekumpulan kanak-kanak menjerit memanggil nama Nabil sebaik saja pengantin tiba di tempat majlis diadakan. Jeritan kanak-kanak tersebut membuatkan seluruh hadirin yang datang ketawa melihat gelagat anak cilik itu.

3. Penyanyi Jaclyn Victor yang hadir sebagai pengapit perempuan anggun mengenakan busana berwarna merah.

4. Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah turut hadir bersama suami, Ijoy bagi memeriahkan majlis tersebut.

5. Sesuai dengan Nabil sebagai seorang pelawak, jurunikah Nabil, Ustaz Mohd Redza bin Ahmad juga gemar membuat lawak sepanjang upacara akad nikah itu berlangsung.

6. Jurunikah Nabil sempat membuat lawak tentang nama bapanya dengan Nabil yang sama iaitu Ahmad. Ustaz berusia 23 tahun itu juga sempat mengusik Nabil kononnya mungkin mereka bersaudara kerana beliau juga berasal dari Negeri Sembilan.

7. Upacara akad nikah Nabil dipenuhi dengan gelak ketawa ekoran jurunikahnya tidak henti mengusik pengantin.

8. Selesai akad nikah, pengantin lelaki melakukan solat syukur sebelum menjalankan upacara membatalkan air sembahyang.

9. Nabil dan Zira nampak segak dan ayu mengenakan busana berona putih rekaan Wazira Zainal.

10. Pelamin dan hantaran pengantin digubah cantik oleh Persada Embun.


11. Hadirin yang datang disajikan dengan hidangan yang cukup enak pada petang itu. Makanan dihidangkan ala-ala kampung dengan tetamu duduk bersimpuh di atas lantai untuk menikmati hidangan yang disediakan. Tudung saji dan labu sayung juga merupakan antara kelengkapan hidangan yang digunakan pada majlis tersebut.





No comments:

Blog Archive

.