PETALING JAYA: Pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, Baba Nyonya, Chee Hood Siong meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysia Book oF Records sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak.Dalam pada itu, pasangannya dalam sitkom itu, Chan yang kini seorang pemilik restoran King's Caf di Melaka berkata, kematian Chee adalah satu kehilangan besar.Kedua-dua mereka adalah sahabat baik yang sentiasa bekerja bersama-sama sepanjang 30 tahun berada di dalam industri.
"Dia adalah seorang pelakon yang berbakat dan dia mampu membawa apa sahaja watak diberikan. Pelbagai cabaran dan rintangan kami lalui bersama," katanya.
Kedua-dua pelakon itu kali terakhir muncul bersama di dalam filem Nasi Lemak 2.0arahan Namewee yang mana dia dan Chee membawa watak sebagai Baba dan Nyonya yang mengajar Chef Huang lakonan Namewee untuk memasak sambal nasi lemak yang enak.Penerbit filem tersebut, Fred Chong berkata, pihak produksi mengambil masa selama dua bulan untuk meyakinkan Chee dan Chan untuk sama-sama melibatkan diri dalam Nasi Lemak 2.0.
"Chee sudah bersara dan tidak mahu berlakon jika tidak bersama Chan. Namun kami berjaya meyakinkan mereka untuk berlakon di dalam filem itu selepas mereka memahami mesej yang ingin disampaikan oleh filem tersebut," katanya.
Sementara itu, Chan memberitahu, Chee keberatan untuk menerima tawaran filem itu kerana tidak lagi mahu berlakon sebagai seorang perempuan.
"Saya terpaksa memujuknya untuk menerima watak sebagai suami saya dalam filem itu. Saya bersyukur kami sama-sama menerima watak itu tetapi sedih kerana itu adalah filem terakhirnya," ujarnya.
P/S: DULU MASA KANAK2 SUKA SANGAT TENGOK CITA BABA N NYONYA NIE... LAWAK HABIS ..
SUMBER:
SUMBER:
No comments:
Post a Comment