Baru-baru ini, Izreen Azminda, pelakon yang digandingkan bersama Johan As’ari di dalam drama bersiri Juvana mengakui dia terkilan dengan Johan As’ari yang mula renggang dengannya sejak pelakon itu berlakon dengan pelakon popular Fasha Sandha dalam drama Cinta Elysa. Pelakon wanita itu mengakui Johan mula bersikap dingin dan tidak mengendahkan dirinya sejak berlakon dalam drama tersebut. GUA bertemu dengan Johan sendiri yang hadir bersama ibunya di Sidang Media Anugerah Skrin 2011 bagi mendapatkan reaksi pelakon yang cukup dikenali dengan watak "Botak" berkenaanartikel tersebut.
“Memang kami berkawan rapat tetapi belum lagi sampai tahap bercinta. Saya sendiri tidak menyangka akan keluar artikel sebegitu kerana sekiranya ada apa-apa masalah berhubung dengan perasaan atau yang berkait dengan saya kenapa dia tidak bercakap secara depan-depan.”
“Bila saya hantar SMS, dia tidak balas. Sebagai seorang teman yang baik, kenapa mesti nak tersalah anggap, apatah lagi ia hanyalah sekadar bergambar untuk promo bagi drama Cinta Elysa. Bagi saya, ia bukanlah isu yang besar.” jelas Johan lagi.
Paling mengejutkan Johan apabila dia dilabelkan sebagai berhadapan dengan kejutan budaya dan menyebabkan dia terasa hati dengan pelakon wanita tersebut.
“Saya hairan kenapa bila saya SMS dia tidak balas. Saya risau juga tetapi dalam waktu yang sama saya berfikiran positif dan saya anggap mesti dia tengah sibuk menjalani penggambaran drama. Tiba-tiba keluar artikel sedemikian hingga dia kata saya “culture-shock” lah, saya terasalah juga.
“Saya tidak pernah berpandangan negatif pada rakan-rakan pelakon yang lebih berpengalaman daripada saya, tidak kira lah sama ada dia masih muda daripada saya atau pun yang lebih tua daripada saya. Mereka tetap senior saya dan saya banyak lagi yang harus dipelajari. Saya tidak sangka dia boleh berpandangan sebegitu terhadap saya. Saya harap perkara ini tidak berpanjangan dan dapat bertemu dengan dia untuk menjernihkan perkara ini.” ujar Johan lagi.
Berharap isu ini tidak berpanjangan, sebagai pelakon baru dia lebih gemar untuk bercerita tentang perjalanan kerjayanya yang masih jauh lagi untuk dijalaninya.
“Saya lebih suka bercerita tentang kerjaya saya dan tidak pernah terfikir untuk menjadi popular dengan kontroversi. Biarlah bakat yang saya ada ini dapat terus digilapkan dan mencari ilmu yang akan dapat dimanafaatkan untuk perjalanan kerjaya saya yang masih jauh. Saya harap saya akan terus diberikan peluang dan memberikan fokus kepada kerjaya.” tambah Johan lagi.
Bakat yang dimiliki pelakon muda akan turut diberikan pengiktirafan di Anugerah Skrin menerusi kategori yang diwujudkan untuk dianugerahkan trofi Anugerah Yasmin Ahmad.
“Alhamdulillah. Namun yang paling penting adalah keazaman saya untuk terus memperbaiki mutu lakonan saya agar satu hari nanti saya akan menjadi pelakon yang lebih baik dari hari ini. Saya mahu memperbaiki kekurangan yang ada. Ada ke anugerah tu? Tak kot. Saya masih baru lagi.” ujar Johan mengakhiri bicara.
Bakat Johan As’ari atau lebih dikenali sebagai Botak Juvana boleh anda saksikan dalam drama bersiri Cinta Elysa yang disiarkan di TV3 setiap Selasa pukul 9 malam. Johan baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk Jalan Songsang di bawah arahan Jinggo terbitan JS Picture. GUA.COM
P/S: SAYA SUKA LAKONAN FASHA SANDHA, SEBAB DIA PANDAI BELAKON... DAN LAKONAN DIA SUNGGUH BERKESAN... ^__^
No comments:
Post a Comment