"Pertama kali berjumpa dengan Fasha, saya rasa saya kecil sangat. Tapi bila sudah mula bercakap dengannya dia seorang yang sangat baik dan sering memberi sokongan dan kata-kata semangat. Mengenalinya lebih dekat, apa yang boleh saya katakan dia sangat eksklusif. Dia sungguh eksklusif di mata saya, sehingga saya boleh samakan dia seperti melihat Jennifer Lopez. Bagi saya dia mampu untuk menjadi bagaimana dirinya sekarang daripada kredibilti yang dia ada,"katanya yang memegang watak Aril dalam Cinta Elysa.
Selepas digandingkan dengan Fasha Sandha dalam Cinta Elysa, Johan mula dikaitakan dengan wanita tersebut sehingga mereka dilihat agak intim seperti pasangan bercinta. Menjawab persoalan tersebut, Johan menafikannya dan menurutnya hubungan itu terjalin semuanya atas kerja yang dipikul bersama.
"Bagi saya, Fasha seorang pelakon yang professional. Dia seorang yang ramah dan komited dengan kerjanya. Jadi jika orang benar-benar nampak saya dan Fasha bercinta dalam drama bagi saya itu pencapaian yang cukup bagus. Saya hormat Fasha sebagai pelakon kerana dia memang pelakon yang sangat bagus dan berkaliber. Sebagai pelakon baru dalam indusrti ini saya patut berbangga kerana dia tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya. Sehinggakan dia sanggup ke set pengambaran walaupun bila dia tidak terlibat dengan babak tersebut. Semuanya kerana mahu melihat saya berlakon. Saya terharu sekali dengan tindakannya itu, bagi saya itu satu sokongan yang cukup bagus yang saya pernah terima daripadanya," luahnya lagi.
Selain Johan dan Fasha, drama terbitan Suhan Movies Trading itu turut dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila. sumber
1 comment:
minat tonton CE sbb ada aril
Post a Comment