Tuesday, October 4, 2011

[CUACA] Gempa Bumi Pukul 9.36 Pagi Tadi


KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku pada pukul 9.36 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, pusat gempa bumi itu terletak di 3,324 kilometer Timur Laut, Sandakan, Sabah.
“Bagaimanapun kejadian ini tidak menimbulkan ancaman Tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan yang terkini. – mynewshub.my


No comments:

.


.

.